Harian Metro

PUNB bukukan kisah kejayaan 700 usahawan

-

Melaka: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) membukukan kisah kejayaan 700 usahawan didikan mereka di seluruh negara yang diterbitka­n dalam 14 naskhah berbeza bagi memberi inspirasi kepada usahawan baru terutama generasi muda.

Pengerusin­ya Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, sebanyak 50 kisah usahawan PUNB yang terbaik dari setiap negeri termasuk Wilayah Persekutua­n akan dikumpul dan dibukukan.

“Kisah kejayaan usahawan PUNB di Melaka yang pertama kita bukukan dan disusuli usahawan negeri lain dalam tempoh terdekat.

“Ini adalah satu usaha bagi mengiktira­f kejayaan perniagaan yang diusahakan usahawan PUNB dan kita harap mampu dijadikan teladan dan segala cabaran yang dikisahkan dapat memberi tunjuk ajar serta panduan untuk meningkatk­an potensi diri mahupun perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ramah mesra dan pelancaran buku Kisah Kejayaan 50 Usahawan PUNB Melaka dan Skim Pembiayaan Trak Bergerak di Ayer Keroh, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Azhar Ahmad.

Katanya, pihaknya juga akan menerbitka­n sebuah buku lain pada Januari depan dan akan dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam buku itu, kita akan himpunkan semua 50 kisah usahawan PUNB terbaik di seluruh negara yang pemilihann­ya dibuat secara menyeluruh termasuk usahawan yang menjalanka­n perniagaan di warung, kedai tepi jalan, siswa dan siswi serta mereka yang menjana pendapatan sehingga RM10 juta,” katanya.

 ??  ?? MOHD Ali (dua dari kanan) menurunkan tanda tangan pada majlis pelancaran buku Kisah Kejayaan 50 Usahawan PUNB Melaka dan Skim Pembiayaan Trak Bergerak di Ayer Keroh, kelmarin.
MOHD Ali (dua dari kanan) menurunkan tanda tangan pada majlis pelancaran buku Kisah Kejayaan 50 Usahawan PUNB Melaka dan Skim Pembiayaan Trak Bergerak di Ayer Keroh, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia