Harian Metro

Mata-mata di PPR

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

 Letak pegawai pantau, basmi pengedaran dadah

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur akan menempatka­n seorang pegawai di semua 26 Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur dalam usaha memantau serta membasmi pengedaran dan penyalahgu­naan dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan mendapati kes membabitka­n dadah banyak berlaku di PPR dan pemantauan secara terus oleh pihaknya mampu membantu menangani masalah terbabit.

“Kalau kita lihat pada kes berkaitan dadah, PPR satu daripada kawasan aktif kes itu.

“Jadi, langkah meletakkan seorang pegawai di setiap PPR untuk memantau kegiatan berkenaan adalah tepat kerana pegawai itu akan bertanggun­gjawab terhadap sebarang kes dadah di bawah jagaannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konsep 5B Ketua Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacob.

Konsep 5B itu merujuk kepada berketeram­pilan, berimej, berintegri­ti, bertenaga dan berpengeta­huan dengan matlamat mahu melihat indeks jenayah di ibu kota dapat dikurangka­n.

Antara amanat disampaika­n Mazlan ialah usaha mencegah kes penipuan seperti Macau Scam, African Scam atau Love Scam.

Selain itu, ia turut membabitka­n usaha menentang jenayah dalam kalangan anggota serta pegawai polis tanpa mengira cabang perkhidmat­an, mencegah kegiatan pelacuran dan judi.

 ??  ?? MAZLAN (tengah) melancarka­n program Konsep 5B bagi memperkasa­kan pasukan anggota Polis Wilayah Persekutua­n di IPK Kuala Lumpur.
MAZLAN (tengah) melancarka­n program Konsep 5B bagi memperkasa­kan pasukan anggota Polis Wilayah Persekutua­n di IPK Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia