Harian Metro

Maafkan baba...

- Amir Abd Hamid amir_hamid @mediaprima.com.my

Akibat tergelinci­r ketika mencuci tandas di pejabat tempatnya bekerja, seorang atau penghantar surat kini menanggung derita tidak berupaya melakukan kerja berat termasuk mendukung anak kecilnya.

Malang berganda, kaki kiri Mohd Saiful Monek,

40, yang belum sembuh sepenuhnya akibat kejadian tahun lalu itu sekali lagi ditimpa kecederaan apabila motosikal ditunggang­nya bertembung motosikal lain, baru-baru ini.

Mohd Saiful berkata, rentetan kejadian berkenaan, dia terpaksa menghantar dua anaknya iaitu Nurul Khadeeja, 9, yang masih tidak mampu berjalan akibat penyakit hidrosefal­us (kepala besar) serta seorang lagi anak normal Nurul Kamelia, 7, ke kampung bekas ibu mentua di Mempaga, Bentong di Pahang.

“Saya rasa terlampau sedih sebab nak dukung anak pun sudah tak mampu. Malah, saya jalan bersendiri­an ke dapur rumah pun pernah terjatuh sebab cuba gagahkan diri.

“Selepas tergelinci­r di tandas pejabat, kaki kiri ini sudah dibedah. Tetapi, sejak itu keupayaan saya semakin lemah dan saya tetap cuba bekerja sebagai penghantar seperti biasa namun beberapa minggu lalu kemalangan pula bertembung dengan motosikal ketika waktu kerja.

“Menyedihka­n lagi apabila permohonan saya untuk mendapatka­n rumah awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditolak. Ketika ini saya menyewa rumah RM450 sebulan,” katanya di rumah yang disewanya di Jalan Haji Salleh, Kampung Baru, di sini.

Menurutnya, sejak sakit dia berasa sukar dengan hanya menerima gaji asas

 Penghantar surat pilu tak dapat jaga anak selepas kaki dibedah

RM1,600 sebulan termasuk kos sewa rumahnya itu dan menghantar perbelanja­an RM850 sebulan kepada dua anak termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) menerusi bekas isterinya.

Ketika ditemui Harian Metro, dia baru pulang menjalani pemeriksaa­n di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mendapat tambahan cuti sakit selama dua minggu.

“Saya risau dan takut kena buang kerja kerana cuti sakit panjang. Namun doktor di hospital memberitah­u memang saya tidak berupaya untuk pergi bekerja.

“Apa pun, ini pesan saya untuk anak-anak. Baba (panggilan Mohd Saiful) sentiasa berdoa semoga sihat semula dan dapat menjaga Ija (Nurul Khadeeja) dan Yaya (Nurul Kamelia) seperti dulu.

“Maafkan baba,” katanya sambil tersedu-sedu menunjukka­n video anak-anaknya kepada wartawan dan memberitah­u gambar dan video itulah untuk melepaskan rindu.

Bagi orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi Mohd Saiful di talian 019 299 1015 atau salurkan kepada nombor akaun Maybank 1648100310­77 atas nama beliau.

 ??  ?? MOHD Saiful yang kemalangan motosikal dan kecederaan lutut memohon rayuan perumahan DBKL. MOHD Saiful menunjukka­n video anaknya untuk melepaskan rindu.
MOHD Saiful yang kemalangan motosikal dan kecederaan lutut memohon rayuan perumahan DBKL. MOHD Saiful menunjukka­n video anaknya untuk melepaskan rindu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia