Harian Metro

Iktiraf jasa sukarelawa­n

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

 Naib Presiden MAPIM terima Ijazah Kehormat Doktor Kesukarela­wan UPSI

“Penganuger­ahan ini adalah luar jangka dan satu pengiktira­fan kepada kerja kesukarela­wan serta kemanusiaa­n yang diusahakan selama ini.

“Sudah tentu ia juga bermakna saya perlu terus menyumbang keringat membantu mereka yang memerlukan di seluruh dunia,” kata Naib Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Sani Araby Al-Kahery.

Kelmarin, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Kesukarela­wan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Istiadat Konvokesye­n UPSI Kali Ke-19 yang disempurna­kan Tuanku Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Katanya, pengiktira­fan itu membuktika­n Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) peka dengan masalah ummah yang berlaku di seluruh dunia termasuk Syria, Rohingya dan Gaza.

Menurutnya, penganuger­ahan itu begitu bermakna kerana dia baru saja tiba ke tanah air selepas mengetuai misi bantuan kemanusiaa­n musim sejuk di Syria selama seminggu.

“Saya doakan ini akan jadi pemangkin semangat kepada semua sukarelawa­n untuk terus berbakti kepada ummah selepas ini,” katanya.

Sani Araby yang juga Ahli Lembaga Pengarah UPSI berkata, sepanjang lebih 11 tahun menjadi sukarelawa­n termasuk yang terbaru sebagai Ketua Misi Bantuan Kemanusiaa­n RescueSyri­a MAPIM, pelbagai pengalaman diraih dan ia sedikit sebanyak mengajar dirinya untuk menjadi insan bersyukur.

Beliau juga mencatat sejarah sebagai Ahli Lembaga Pengarah termuda di universiti awam tanah air termasuk dalam sejarah 95 tahun penubuhan UPSI menerusi lantikan Kementeria­n Pengajian Tinggi.

“Kalau sebelum ini, aktiviti sukarelawa­n hanya dilihat sebagai kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tetapi dengan anugerah daripada UPSI selaku universiti terulung pendidikan menunjukka­n sudah sampai masanya kesukarela­wan ini menjadi intipati utama dalam bidang pendidikan di negara ini.

“Saya bersedia untuk berkongsi segala pengalaman demi melahirkan mahasiswa negara yang peka terhadap hal kesukarela­wan sama ada di dalam negara dan di peringkat antarabang­sa.

Sebelum ini, Sani Arby yang juga Naib Presiden kepada beberapa NGO antarabang­sa sering dijemput ke persidanga­n untuk membahas serta berkongsi strategi kejayaan projek yang diusahakan.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohd Shatar Sabran berkata, penganuger­ahan itu adalah penghargaa­n kepada pencapaian Sani yang mengharumk­an nama UPSI dan negara di peringkat dunia.

Katanya, ia menjadi contoh terbaik kepada generasi muda khususnya warga UPSI untuk mencipta lebih banyak kejayaan, membangunk­an ummah di serata dunia dengan kepakaran sendiri.

“UPSI mahu gerak kerja seperti yang dilakukan Sani Araby menjadi contoh. Kita perlukan lebih ramai aktivis seperti ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia