Harian Metro

Rafizi diarah bela diri

- Oleh Rafidah Mat Ruzki am@hmetro.com.my

>>Kerani bank dituduh bersubahat turut diperintah bela diri

 Naib Presiden PKR mengaku tidak bersalah dedah akaun NFC

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli diarahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap pertuduhan mendedahka­n dokumen penyata baki akaun bank termasuk milik National Feedlot Corporatio­n (NFC) pada 7 Mac 2012 lalu.

Hakim Zamri Bakar mengarahka­n kerani bank Johari Mohamad membela diri berikutan didakwa bersubahat dengan Mohd Rafizi bagi mendedahka­n dokumen penyata baki akaun NFC National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscienc­e Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Mohd Rafizi sebelum ini mengaku tidak bersalah mendedahka­n dokumen penyata baki akaun bank itu kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac 2012.

Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Johari, 44, mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103 akta sama.

Terdahulu, Zamri ketika membacakan keputusann­ya berkata, beliau berpuas hati serta mendapati pihak pendakwaan membuktika­n semua elemen pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh.

Mahkamah menetapkan 4, 7 dan 8 Disember ini sebagai tarikh perbicaraa­n.

 ??  ?? MOHD Rafizi hadir ke mahkamah bagi keputusan kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.
MOHD Rafizi hadir ke mahkamah bagi keputusan kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia