Harian Metro

Dua lelaki didenda RM10,000 gantung iklan along

-

Kota Bharu: Dua lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menampal poster pinjaman wang tidak berlesen di hadapan restoran, bulan lalu.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Chen Yung Khong, 26, dan Chu Yee Chung, 33.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menampal poster pinjaman wang tidak berlesen dengan niat membantu peminjam wang tidak berlesen dan mendorong atau cuba mendorong mana-mana orang meminjam wang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan restoran di Jalan Sri Cemerlang, jam 9.45 malam, pada 20 September 2017.

Berdasarka­n fakta kes, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan ternampak dua lelaki yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, menggantun­g poster pinjaman wang tidak berlesen.

Polis menahan mereka ketika melakukan perbuatan itu.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 29 AA (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffudd­in.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman denda RM10,000 setiap seorang atau penjara 12 bulan jika gagal bayar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia