Harian Metro

Tak mengaku laku seks luar tabii

-

Melaka: Seorang pencuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang wanita, bulan lalu.

Tertuduh Abdul Rauf Singaravel­u, 28, dari Parit Jawa, Johor membuat pengakuan itu sebaik dua pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Abdul Rauf didakwa melakukan persetubuh­an bertentang­an dengan aturan tabii terhadap seorang wanita berusia 40 tahun antara jam 11.30 malam hingga 1 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Melaka di sini pada 18 September lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan niat mencabul kehormatan­nya pada masa, alamat dan tarikh yang sama.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban tidak menawarkan ikat jamin kepada tertuduh kerana khuatir dengan keselamata­n dan mengganggu mangsa sebagai saksi utama.

Shazreen memohon tarikh sebutan semula kes diselarask­an mengikut pertuduhan yang dihadapi tertuduh sebelum ini mengikut Seksyen 377(CA) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan melakukan seks menggunaka­n objek serta mencederak­an mangsa sama pada 28 September lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dibenarkan dengan alasan perlu menjaga anak yang masih kecil, selain menanggung ahli keluarga lain termasuk adik dan kakak.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Norma menetapkan 22 dan 23 Februari tahun depan untuk perbicaraa­n dan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

 ??  ??
 ??  ?? TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia