Harian Metro

‘Ideologi keganasan tak sesuai di negara ini’

- Mohdhelmi@hmetro.com.my

Seorang penganggur didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah menyebarka­n rakaman video di laman sosial Facebook (FB) kononnya seorang guru besar cuba merasuah bapa kepada seorang murid yang didakwa didera, Julai lalu.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhka­n hukuman terhadap tertuduh Mohamed Mustafa Shaikh Ismail, Kuala Lumpur: “Ideologi keganasan yang diikuti kamu tidak sesuai dan tidak boleh diterima di negara ini,” kata Hakim Datuk Azman Abdullah ketika menjatuhka­n hukuman penjara dua tahun terhadap seorang bekas guru yang mengaku bersalah memiliki 11 keping gambar berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Hakim Mahkamah Tinggi itu menjatuhka­n hukuman terhadap Mohd Bazli Che Ismail @ Aziz selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki gambar itu.

Mahkamah memerintah­kan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 16 Mac lalu.

Azman berkata, hukuman yang dijatuhkan itu adalah untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan juga kepada masyarakat supaya tidak terbabit dengan jenayah yang sama.

“Hukuman ini adalah pengajaran supaya tidak terbabit dengan ideologi pengganas.

“Ideologi ini adalah perkara berbahaya tambahan pula kamu seorang guru yang mendidik pelajar,” katanya.

Mohd Bazli didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah di Kulim, Kedah pada jam 12.10 tengah hari, 16 Mac lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut subseksyen 130JB(1) kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana bahan itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan atas alasan sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.

“Saya mohon maaf. Saya rindu anak-anak dan keluarga. Saya menyesal dan insaf kerana perbuatan ini saya menyusahka­n banyak pihak.

“Saya sudah ditamatkan perkhidmat­an sebagai guru dan hilang punca pendapatan,” katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian sepasukan anggota polis membuat tangkapan terhadap tertuduh di makmal komputer sekolah itu.

Polis merampas sebuah telefon bimbit jenama Asus yang mengandung­i gambar berkaitan dengan kumpulan pengganas Daish.

 ??  ?? TERTUDUH ketika di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
TERTUDUH ketika di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia