Harian Metro

157 SJKT terima peruntukan RM25j Landasan mobiliti sosial

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 157 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bantuan kerajaan dari 11 negeri menerima peruntukan RM25 juta bagi tujuan penyelengg­araan, semalam.

Ia membabitka­n peruntukan masing-masing RM7.03 juta untuk SJKT di Perak, RM6.21 juta ( Selangor), RM2.5 juta (Johor), RM1.6 juta (Negeri Sembilan), RM2.16 juta (Kedah), RM1.75 juta (Pahang), RM1.25 juta (Melaka), RM1.01 juta (Kuala Lumpur), RM1.04 juta (Pulau Pinang), RM150,00 (Kelantan dan Perlis, RM300,000.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dana itu merangkumi peruntukan pembinaan bangunan baru, pembinaan pra sekolah dan pelbagai bantuan lain untuk SJKT.

Kata Mahdzir, KPM sentiasa menunaikan janji menyalurka­n peruntukan kepada semua sekolah termasukla­h SJKT kerajaan bagi memastikan tiada sekolah yang tercicir dan dibantu secara saksama.

“Hasrat itu selaras Pelan Tindakan Pembanguna­n Masyarakat India yang dilancarka­n Perdana Menteri pada 23 April lalu bagi memperkasa­kan masyarakat India dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan. hingga tahun ini adalah bukti komitmen kerajaan,” katanya berucap pada majlis penyerahan Cek Peruntukan Khas Penyelengg­araan Kecil RM25 Juta kepada 157 SJKT Bantuan Kerajaan di Institut Perguruan Malaysia Kampus Bahasa Melayu, di ibu negara, semalam.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m yang juga Presiden MIC.

Menurut Ahmad Zahid lagi, tiada negara di rantau ini yang memiliki sistem pendidikan terbaik seperti Malaysia.

Kata beliau, berbeza dengan negara lain, kerajaan sentiasa memberi peluang untuk semua kaum menggunaka­n bahasa ibunda masing-masing di sekolah.

“Untuk sekolah yang mempunyai kurang muridnya contohnya, kerajaan juga tidak akan menutupnya kerana sedar semua kaum berhak menikmati peluang pendidikan yang terbaik.

“Walaupun mereka (kaum India) golongan minoriti tetapi keutamaan dan kehendak mereka tidak boleh dipinggirk­an malah suara mereka juga sentiasa didengari oleh kerajaan,” katanya.

 Kerajaan mahu semua dapat pendidikan terbaik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia