Harian Metro

Serah polis siasat dakwaan Raja Petra

-

Putrajaya: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyerahka­n kepada polis untuk menyiasat penulis blog Raja Petra Kamarudin (RPK) yang didakwa memfitnah beliau menerusi artikel tulisannya, baru-baru ini.

Beliau yang dihubungi Harian Metro memaklumka­n dua laporan polis dibuat Ahad lalu iaitu satu di Kuala Terengganu, manakala satu lagi dibuat oleh Jabatan Peguam Negara di Putrajaya pada hari sama.

“Masa itu (membaca mengenai artikel Raja Petra) saya berada di Kuala Terengganu. Laporan di buat di sana..tetapi sekarang siasatan sudah diambil alih Bukit Aman.

“Saya serah kepada polis untuk siasat bagi mengelak sebarang tohmahan pertindiha­n kepentinga­n.

“Saya sebagai pengadu tidak akan terbabit dalam apa-apa arahan kepada polis,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini, semalam.

Mohamed Apandi berkata, kertas siasatan juga akan dikendalik­an pegawai beliau.

“Saya akan serahkan kepada pegawai lain untuk memberi apa-apa arahan atau pandangan,” katanya.

Raja Petra dalam artikel bertajuk “Strong Rumours Surroundin­g the AG: Part 1” di ruangan The Corridors of Power di blog Malaysia-Today membuat pelbagai tuduhan rasuah terhadap Mohamed Apandi, namun disangkal sekeras-kerasnya oleh beliau.

Malah, Raja Petra turut menulis mengenai kononnya satu pertemuan pada 2015 antara hakim kanan dan seorang ahli politik mengenai dakwaan untuk menjatuhka­n Kerajaan.

Mohamed Apandi dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia