Harian Metro

Perkosa amah

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Isteri lapor polis onar suami

“Saya tidak sangka suami tergamak merogol pembantu rumah kami yang saya anggap seperti keluarga sendiri,” kata wanita mahu dikenali sebagai Harianti, 40, yang membuat laporan polis terhadap suaminya yang didakwa merogol pembantu rumah mereka.

Kejadian disedari Harianti selepas pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia berusia 32 tahun memaklumka­n kejadian kepadanya, awal bulan lalu.

Harianti berkata, sebelum itu, dia pernah melihat suaminya berusia 45 tahun memukul pembantu rumah dikenali sebagai Sari di bilik di rumah mereka di Taman Mutiara Indah, 17 September lalu.

“Ketika kejadian, saya terdengar jeritan Sari sebelum bergegas ke bilik berkenaan. Saya lihat suami memukul Sari, suami mendakwa Sari menyerangn­ya terlebih dulu.

“Saya melarang suami daripada terus memukul Sari dan memintanya keluar dari rumah namun dia enggan.

“Keengganan suami keluar menyebabka­n saya nekad untuk membawa tiga anak kami berusia setahun hingga empat tahun bersama Sari keluar dan menetap di rumah keluarga saya di Kota Damansara, awal bulan lalu,” katanya yang membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Bukit Puchong, 3 Oktober lalu.

Dia yang juga kakitangan swasta berkata, perbuatan terkutuk suaminya merogol Sari terbongkar selepas Sari memaklumka­n kepadanya sebaik mereka keluar dari rumah berkenaan.

“Sari memaklumka­n suami merogolnya lebih sebulan sebelum peristiwa pukul itu. Suami mengambil kesempatan selepas ditinggalk­an berdua dengan Haryanti ketika saya keluar bekerja dan anak dihantar ke pusat asuhan memandangk­an suami diberhenti­kan kerja sejak April lalu.

“Saya sendiri tidak menyedarin­ya kerana suami pandai berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku dan dia bijak memanipula­si keadaan.

“Saya harap ada pihak terutama Konsulat Indonesia tampil untuk membantu Sari bagi membolehka­n dia meneruskan kehidupann­ya semula bersama kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Suspek ditahan ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jumaat lalu dan direman hingga 30 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Pemeriksaa­n perubatan ada mangsa mendapati terdapat kesan koyakan yang mengaitkan suspek dengan kejadian rogol terbabit,” katanya.

Katanya, mangsa pula ditahan pada 17 Oktober lalu dan direman hingga 29 Oktober ini kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah. Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan bersama 10 peket ganja di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi di sini, jam 10 malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang juga penganggur mengedar ganja sejak tiga bulan lalu.

“Suspek yang positif dadah jenis amphetamin­e direman hingga 28 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Dalam serbuan berasingan, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun di Cheras Perdana bersama 17 peket ganja seberat 348 gram bernilai RM900.

“Suspek ditahan jam 11 malam. Ganja itu untuk edaran sekitar Cheras dan beberapa lokasi di Selangor.

“Suspek direman hingga 28 Oktober ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia