Harian Metro

Bantu mahasiswa taraf usahawan

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

 Perkasa produk 59,000 pelajar mampu dipasarkan ke luar negara

Seramai 59,000 mahasiswa bertaraf usahawan dibantu dalam memperkasa­kan produk perniagaan masing-masing yang dilihat berkemampu­an dipasarkan ke pasaran tempatan dan antarabang­sa.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya memperuntu­kkan RM10 juta bagi membantu mahasiswa yang kreatif dan berdaya saing dalam bidang keusahawan­an.

Katanya, pihak kementeria­n sentiasa bersedia membantu mahasiswa dari segi produk yang mampu diketengah­kan melalui pelbagai bantuan dan latihan sekali gus mampu berdaya saing.

“Atas faktor itulah, 59,000 mahasiswa bertaraf usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dibantu melalui peruntukan yang disediakan sejak 1 Januari lalu.

“Kita membantu mereka (mahasiswa) dengan memberi pendaftara­n percuma kepada penubuhan syarikat mereka serta membuat saringan produk yang diketengah­kan sebelum sampel dihantar ke kementeria­n untuk dinilai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Varsity Mall di Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.

Hamzah berkata, jika sesuatu produk terbabit usahawan muda mahasiswa belum mencapai standard tertentu, pihaknya akan meminta supaya ia dapat diperbaiki.

“Jika ia produk lengkap, kita akan beri bimbingan seterusnya melalui perundinga­n dari KPDNKK atau pihak yang dilantik.

“Konsultans­i membabitka­n pelbagai aspek ini akan membolehka­n produk berkenaan mendapat tempat dalam kalangan pengguna,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kementeria­n mahu produk yang dinilai sebelum dipasarkan mempunyai kriteria berkualiti tinggi supaya kebolehpas­arannya berada tahap yang maksimum untuk dipasarkan di negara ini dan luar negara.

 ??  ?? HAMZAH Zainudin (tengah) melawat gerai usahawan pelajar Universiti Utara Malaysia selepas merasmikan Varsity Mall UUM di Sintok.
HAMZAH Zainudin (tengah) melawat gerai usahawan pelajar Universiti Utara Malaysia selepas merasmikan Varsity Mall UUM di Sintok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia