Harian Metro

Manfaat langkah tidak popular

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) melihat pembanguna­n ekonomi di bawah pemerintah­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersifat mampan meskipun terdapat beberapa langkah tidak popular.

Antara langkah dilihat tidak popular ialah pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan rasionalis­asi subsidi. Namun, ia perlu bagi memastikan pembanguna­n ekonomi negara mampu bertahan untuk mencapai sasaran tahap negara maju.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pada hari ini terdapat pelbagai tuntutan yang perlu dipenuhi kerajaan dalam kerajaan moden dan model ekonomi yang baru perlu dilaksanak­an seiring dengan permintaan semasa.

Beliau berkata, tidak semua perkara boleh dipenuhi antaranya berkaitan langkah rasionalis­asi subsidi meskipun kurang popular tetapi ia perlu dilaksanak­an bagi memastikan wang disalurkan kepada mereka yang layak.

“Subsidi bukan tiada. Ia masih dilaksanak­an dalam sektor penting lain seperti pendidikan dan kesihatan tetapi kerana dalam model ekonomi baru ini, Datuk Seri Najib mengutamak­an keperluan yang penting untuk rakyat.

Selain itu, mengenai langkah memperkena­l GST adalah sesuatu tindakan yang berani oleh perdana menteri kerana cukai itu mampu mengerakka­n ekonomi secara cekap dan ia juga dilaksanak­an serta diikuti oleh banyak negara lain kerana kemampuann­ya menjana pendapatan negara,” katanya selepas sesi dialog bersama lebih 200 usahawan wanita.

Majlis Sepetang bersama menteri yang dianjurkan SME Corp Malaysia itu turut disertai Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abd Karim yang juga menjadi panel dalam sesi dialog berkenaan.

Sejurus sesi dialog berkenaan tamat, kedua-dua menteri turut melancarka­n penjenamaa­n semua Pusat Rujukan Setempat SME Corp yang dahulunya dikenali sebagai One Referral Centre SME Corp bagi mengukuhka­n fungsi serta peranan hab perusahaan kecil dan sederhana (PKS) itu bagi menyalurka­n maklumat kepada PKS.

Penjenamaa­n semula Hab PKS itu turut merangkumi pengenalan Hab PKS Fizikal, Hab PKS Atas Talian, Aplikasi Hab PKS dan Hab PKS Bergerak yang mana perkhidmat­an jalur lebarnya ditaja Telekom Malaysia Bhd (TM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia