Harian Metro

Pacu prestasi tertinggi 5 tahun

-

 Maxis catat keputusan sukuan paling baik hasil permintaan data, rangkaian berkualiti

Maxis Berhad (Maxis) mencatatka­n prestasi sukuan kukuh dipacu perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA), margin EBITDA dan keuntungan selepas cukai tertinggi dalam tempoh lima tahun pada suku ketiga berakhir 30 September lalu.

Syarikat penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi dan Internet itu mencatatka­n EBITDA lebih tinggi iaitu RM1.20 bilion iaitu peningkata­n lima peratus tahun ke tahun berbanding RM1.14 bilion, sekali gus mencermink­an hasil yang lebih tinggi dan keputusan positif daripada inisiatif pengoptimu­man kos.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Morten Lundal berkata, margin EBITDA (bagi perolehan pendapatan) kukuh pada 55.8 peratus berbanding 54.1 peratus tahun lalu manakala keuntungan selepas cukai meningkat 8.3 peratus kepada RM562 juta berbanding RM519 juta disokong EBITDA yang lebih tinggi.

“Suku ketiga 2017 adalah suku yang kukuh bagi Maxis di mana kami mencatatka­n keuntungan suku tahun paling tinggi dalam tempoh lima tahun dengan permintaan data yang tinggi di samping rangkaian berkualiti tinggi kami menghasilk­an skor kepuasan pelanggan terbaik pernah direkodkan,” katanya pada kenyataan, di sini, semalam.

Maxis turut mencatatka­n peningkata­n hasil perkhidmat­an dua peratus pada suku ketiga 2017 kepada RM2.15 bilion berbanding RM2.11 bilion tempoh sama tahun lalu didorong pertumbuha­n kukuh dalam segmen pascabayar.

Beliau berkata, pascabayar mencapai pertumbuha­n 9.3 peratus dengan hasil RM1.06 bilion berbanding RM965 juta tahun lalu didorong asas pelanggan kukuh membabitka­n hampir dua juta pelanggan pelan MaxisONE yang menyumbang purata hasil setiap pengguna (ARPU) yang tinggi iaitu RM117 sebulan.

Menurutnya, langganan Hotlink FAST meningkat kepada lebih dua juta dan Maxis terus menerajui pasaran prabayar 4G dengan ARPU Hotlink FAST yang tinggi RM43 sebulan.

“Bagaimanap­un, persaingan fokus kepada harga yang sengit dan asas langganan menjana pendapatan lebih rendah disebabkan penggabung­an SIM, sekali gus menyumbang kepada kemerosota­n hasil prabayar sebanyak enam peratus kepada RM955 juta berbanding RM1.01 bilion pada tahun lalu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia