Harian Metro

Singapura ‘paling kuat’

-

Singapura: Singapura kini memiliki pasport paling ‘berkuasa’ di dunia, dengan rakyatnya dibenarkan mengembara ke jumlah negara tertinggi tanpa visa, menurut laporan terbaru.

Passport Index yang mengawasi kebolehgun­aan dokumen berkenaan berkata, republik itu menduduki tempat tertinggi selepas Paraguay menarik balik sekatan terhadap rakyat Singapura.

Ini bererti kira-kira 5.6 juta pemegang pasport Singapura kini dibenarkan mengembara ke 159 negara, sama ada tanpa visa langsung atau dengan satu dikeluarka­n sebaik tiba di destinasi.

Jerman di tempat kedua dengan rakyatnya dibenarkan melawat 158 negara tanpa visa, manakala Sweden serta Korea Selatan seri di tempat ketiga.

Pasport Amerika Syarikat (AS) di tempat keenam bersama Malaysia, Ireland dan Kanada.

Afghanista­n di kedudukan terakhir dengan lawatan tanpa visa dibenarkan untuk cuma 22 negara.

Passport Index berkata, kebolehgun­aan pasport AS menurun sejak Presiden Donald Trump dilantik, manakala Turki dan Republik Afrika Tengah antara negara yang terbaru tidak dibenarkan kemasukan tanpa visa.

Passport Index menarafkan pasport di seluruh negara berdasarka­n akses antara sempadan pemegang dokumen berkenaan. Ia dibangunak­n badan rundingan dunia berasas di Kanada, Arton Capital.

Pengarah Urusannya di Singapura, Philippe May berkata: “Buat kali pertama, sebuah negara Asia mempunyai pasport paling ‘berkuasa’ di dunia.

“Ia menunjukka­n hubungan diplomatik inklusif dan dasar luar negara Singapura yang berkesan.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia