Harian Metro

Tangkap ninja tua

- AFP

Polis Jepun akhirnya menahan seorang pencuri ‘ninja’ yang berpakaian serba hitam dan sering dilihat memanjat dinding untuk memecah masuk ke puluhan kediaman sejak lapan tahun lalu, malah lebih mengejutka­n apabila dia rupanya warga emas berusia 74 tahun.

Polis di Osaka, barat Jepun, buntu dengan beberapa kejadian pecah rumah dengan satu-satunya bahan bukti adalah rakaman dari kamera keselamata­n menunjukka­n pencuri berpakaian serba hitam dengan wajah ditutup kecuali matanya memanjat dinding salah satu lokasi sasarannya.

Pegawai kanan di balai polis Kawachi berkata: “Dia berpakaian serba hitam tidak ubah seperti ninja.”

Bagaimanap­un, pencuri itu melakukan satu kesilapan pada Mei lalu apabila penutup lehernya terlurut seterusnya mendedahka­n wajahnya kepada kamera.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Mitsuaki Tanigawa, 74, yang mempunyai rekod lampau mencuri.

Mereka mula memantauny­a dan memerangka­pnya.

“Memang pelik. Pada waktu siang dia kelihatan seperti lelaki tua lain, jalan terhincut-hincut perlahan.

“Namun dia kemudian pergi ke bilik kosong di sebuah apartmen dan menukar pakaian sebelum menunggu hari gelap.

“Pada waktu malam, dia keluar berpakaian serba hitam. Dia tidak menggunaka­n laluan biasa, sebaliknya menyelinap di lorong kecil antara rumah dan berlari di atas bumbung atau tembok,” katanya.

Polis tidak dapat menangkapn­ya ketika mencuri kerana begitu licik, tetapi akhirnya berjaya menahannya apabila pulang ke bilik berkenaan pada jam 4 pagi selepas merompak kedai barangan elektrik.

Polis berkata, Tanigawa mengaku benci kerja dan menganggap mencuri lebih mudah mendapat wang.

Dia didakwa atas lebih 254 kes pecah masuk dengan kecurian berjumlah hampir 30 juta yen (RM1.1 juta) sejak lapan tahun lalu.

Tanigawa kemudian memberitah­u polis, dia hanya memerlukan 10 minit menyelinap masuk ke rumah orang dan mencuri wang daripada penghuni yang nyenyak tidur.

“Dia mengaku bersikap profesiona­l. Katanya, ‘saya yakin dengan hasil kerja saya’,” kata polis.

Sementara itu, Tanigawa dilaporkan berkata: “Sebenarnya, jika saya muda tidak mungkin mereka menangkap saya. Tetapi kini wajarlah saya berhenti. Saya sudah berusia 74 tahun, cukup tua.”

 Polis Jepun bongkar kegiatan waktu malam pencuri berusia 74 tahun sejak lapan tahun lalu

 ??  ?? ORANG ramai beratur untuk pemeriksaa­n keselamata­n sebelum menyertai upacara pembakaran mendiang
Raja Thailand Bhumibol Adulyadej berhampira­n Istana Besar di Bangkok, Thailand. - Reuters
ORANG ramai beratur untuk pemeriksaa­n keselamata­n sebelum menyertai upacara pembakaran mendiang Raja Thailand Bhumibol Adulyadej berhampira­n Istana Besar di Bangkok, Thailand. - Reuters
 ??  ?? SATU-satunya rakaman kamera keselamata­n yang menunjukka­n Tanigawa berpakaian seperti ninja. - Daily Mail
SATU-satunya rakaman kamera keselamata­n yang menunjukka­n Tanigawa berpakaian seperti ninja. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia