Harian Metro

Hukum mati perisik Israel

-

Teheran: Iran semalam berkata ia menghukum mati seorang rakyatnya kerana merisik untuk Israel bagi mendapat status penduduk tetap Sweden.

Amnesty Internatio­nal pada Isnin lalu mengumumka­n pakar perubatan kecemasan Ahmadreza Djalali, yang ditahan di Iran sejak April 2016, didapati bersalah bekerja dengan kerajaan Israel.

Pendakwa Raya Teheran Abbas Jafari Dolatabadi tidak menamakan Ahmadreza semalam, tetapi berkata seorang suspek dihukum mati kerana menyerahka­n maklumat mengenai program nuklear Iran kepada ejen agensi risikan Israel, Mossad untuk mendapat permit penduduk tetap Sweden.

“Dia turut mendedahka­n

>>Mahkamah membenarka­n Washington jaminan RM4.2 juta

lokasi serta maklumat mengenai 30 individu yang terbabit dalam projek penyelidik­an tentera serta nuklear,” kata Jafari.

Menurutnya, dua saintis nuklear Iran, Majid Shahriari dan Masoud Alimohamma­di dibunuh dalam letupan bom pada 2010 akibat maklumat risikan itu.

Undang-undang Iran tidak membenarka­n nama penjenayah didedahkan sehingga proses rayuan selesai sepenuhnya.

Antara 2010 hingga 2012, lima saintis Iran, empat terbabit dalam program nuklear negara itu terbunuh dalam serangan bom serta tembakan di Teheran.

Republik itu menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Israel terbabit dalam pembunuhan berkenaan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia