Harian Metro

Mahu lebih terbuka Air campur peluntur

- Daily Mail

Riyadh: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman berkata, kerajaan akan memulihkan haluan Islam terbuka dan sederhana seterusnya beralih daripada pendirian ulama konservati­f untuk imej yang lebih sesuai dengan golongan muda serta pelabur asing.

“Kita kembali kepada keadaan terdahulu - negara berhaluan Islam sederhana yang terbuka terhadap semua agama dan dunia.

“Kita tidak akan menghabisk­an 30 tahun akan datang dengan idea yang hanya bersifat pemusnah. Idea itu akan dimusnahka­n hari ini. Kita juga akan menamatkan pemikiran pelampau dalam masa terdekat,” katanya pada satu forum ekonomi di Riyadh.

Arab Saudi semakin melonggark­an pendirian ultra-konservati­fnya termasuk membenarka­n wanita memandu dan mengadakan sambutan hari kebangsaan dengan percampura­n wanita serta lelaki. Namun ia sudah lama dituduh menyokong organisasi pengganas di seluruh negara, termasuk serangan 11 September 2001 di New York dan Washington. -AFP

Seorang bekas pelajar kolej Pennsylvan­ia mengaku salah cuba membunuh bayi dikandung teman wanita ketika kekasihnya hamil dua bulan dengan memasukkan peluntur dalam botol minuman supaya mangsa menggugurk­an anak berkenaan.

Theophilou­s Washington, 21, memberi air dicampur peluntur kepada teman wanitanya dalam usaha menggugurk­an kandungan mangsa, kata polis.

Kejadian berlaku pada 28 Oktober tahun lalu selepas mangsa bermalam di bilik asrama Washington di Universiti Millersvil­le, Pennsylvan­ia dengan tertuduh memberi air itu kepada wanita terbabit ketika dia mahu pulang.

Wanita itu minum sedikit air dalam botol itu sebaik tiba di bilik asramanya dan terus muntah apabila rasa tekaknya seolah-olah terbakar sebelum menghubung­i talian kecemasan.

Doktor yang memeriksan­ya mendapati kandungan itu tidak terjejas dan dia melahirkan anaknya dengan selamat beberapa bulan kemudian.

Washington mengaku salah atas tuduhan cuba membunuh bayi yang belum dilahirkan di Mahkamah Daerah Lancaster, lapor portal Lancaster Online.

Dalam soal siasat dengan polis, Washington mengaku perbuatann­ya, kata pendakwa.

“Dia memang bapa kepada anak itu tetapi tidak mahukan bayi itu dilahirkan, jadi dia berusaha menggugurk­annya,” kata pendakwa.

Mahkamah menetapkan tarikh hukuman terhadap Washington dalam tempoh beberapa bulan dan membenarka­nnya jaminan AS$1 juta (RM4.2 juta).

Washington turut didakwa sebelum ini atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya tetapi kes berkenaan akan digugurkan pada prosiding akan datang.

 Lelaki cuba gugurkan bayi dikandung teman wanita mengaku tuduhan cuba bunuh

 ??  ?? WASHINGTON
WASHINGTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia