Harian Metro

Bungkus awal lagi

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Giliran pemain nombor 40 dunia dari Jepun aibkan Chong Wei di Terbuka Perancis

Tumpas di pusingan awal seakan sudah menjadi kebiasaan buat jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dan kali ini giliran pemain dari Jepun yang mara menerusi pusingan kelayakan, Kenta Nishimoto, 23, untuk mengatasin­ya di Terbuka Perancis.

Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia, tewas straight set 14-21, 15-21 kepada pemain nombor 40 dunia itu dalam perlawanan di Stade Pierre de Coubertin, Paris semalam.

Ini adalah kali keempat tahun ini yang menyaksika­n Chong Wei tumpas di pusingan awal selepas kalah kepada HS Prannoy dari India di pusingan kedua Terbuka Indonesia dan Denmark, serta dimalukan Brice Leverdez di pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland.

Menurut jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan, permainan anak buahnya itu serba tidak menjadi dan agak ragu-ragu dalam membuat keputusan di dalam gelanggang.

“Pemain lawan dapat mengawal keseluruha­n permainan di atas kelemahan Chong Wei. Selepas dua kejohanan Terbuka Denmark

(gambar)

dan Perancis, dia akan berehat seketika kerana dia sekarang ini kerap hilang fokus serta melakukan kesilapan mudah,” katanya ketika dihubungi.

Ujar Hendrawan, bagi pemain terbaik dunia keadaan sekarang sangat genting buat

Chong Wei kerana mempengaru­hi keyakinan sendiri serta pemain lawan.

“Nanti pulang ke tanah air kita akan bincang dan cuba lagi cari penyelesai­an masalah yang terbaik,” kata jurulatih kelahiran Indonesia itu.

Sementara itu, nasib berbeza buat beregu lelaki negara, Goh V Shem-Teo Ee Yi yang tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran wakil Hong Kong, Or Chin Chung-Tang Chun Man walaupun ini penampilan sulung mereka sejak membentuk gandingan bersama

dalam tempoh sebulan.

V Shem-Ee Yi berjaya mencatat kemenangan straight set 21-10, 21-15 dan bakal berdepan pilihan kelima dari China, Liu Cheng-Zhang Nan di pusingan kedua.

“Hari ini kami bermain dengan baik dan sangat konsisten. Saya harap ia dapat diteruskan untuk aksi pusingan kedua menentang juara dunia. Dari segi kelemahan saya rasa kami harus perbaiki kombinasi permainan,” kata V Shem.

Turut mara ialah gandingan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang mengalahka­n pasangan Thailand, Nipitphon Phuangphua­pet-Jongkolpha­n Kithithara­kul 22-20, 21-13 dan mereka akan berdepan pemain tuan rumah, Ronan Labar-Audrey Fontaine di pusingan kedua.

Bagaimanap­un, satu lagi gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai kurang bernasib baik selepas tumpas pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kim Ha Na 16-21, 14-21.

Pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei pula tumpas kepada Shiho Tanaka-Koharu Yonemoto dari Jepun, 22-24, 19-21.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia