Harian Metro

Shanshan sasar gelaran ketiga, waspada ancaman Yeon Ryu

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

Kuala Lumpur: Tumpuan pastinya terarah kepada Shanshan Feng minggu ini yang menyasarka­n gelaran ketiga Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia selepas muncul juara pada edisi 2014 dan 2016.

Pemain China itu turut merangkul gelaran naib juara pada 2013 dan 2015 selepas tunduk kepada Lexi Thompson dan juara empat kali Jelajah LPGA, Jessica Korda.

Pemain berusia 28 tahun itu merakam tujuh kemenangan dalam aksi Jelajah termasukla­h kemenangan pada Kejohanan LPGA 2012, sekali gus menjadikan dia pemain China pertama yang memenangi Kejohanan Utama LPGA serta Kejohanan Major.

Pemain nombor enam dunia itu percaya dia mampu untuk merampas kembali gelaran selepas mendapat khidmat kedi, Mercer Leftwich serta sudah biasa dengan lapangan TPC Kuala Lumpur.

Namun, pemain Korea Selatan, So-Yeon Ryu dijangka mampu meleburkan impian Shanshan terutamany­a selepas persembaha­n baik pemain nombor satu dunia itu yang merangkul Kejuaraan Utama keduanya, Ogos lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu meraih gelaran pertamanya musim ini di Kejohanan Arkansas, Jun lalu dan mengunggul­i ranking pertama dunia selama 18 bulan.

Mengetuai kontinjen negara pada cabaran yang menawarkan AS$1.8 juta (RM7.6 juta) adalah pemain tunggal LPGA Malaysia, Kelly Tan yang tampil pada kejohanan itu buat kali ketujuh.

Kelly, 24, mewakili negara pada temasya Olimpik Rio 2016 dan beraksi dalam lapan Kejohanan Utama setakat ini.

Selain Kelly, seorang lagi pemain Malaysia yang dijangka menyerlah ialah pemain berusia 16 tahun, Natasha Andrea Oon yang layak ke saingan itu selepas mengunggul­i Pusingan Kelayakan Kebangsaan bulan lalu.

Beberapa pemain tempatan yang turut bersaing adalah pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2017 (KL2017), Nur Durriyah Damian, Winnie Ng, Aretha Pan, Michelle Koh, Liyana Durisic dan Zulaikah Nurziana Nasser.

 ?? FOTO: OWEE AH CHUN ?? BARISAN pemain Malaysia yang bakal beraksi di Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2017, semalam.
FOTO: OWEE AH CHUN BARISAN pemain Malaysia yang bakal beraksi di Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2017, semalam.
 ?? FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN ?? PEMAIN Malaysia, Luqman Nul Haqim Ahmad Shukran (kiri) diasak pemain Jepun di Stadium Hoki Taman Daya, semalam.
FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN PEMAIN Malaysia, Luqman Nul Haqim Ahmad Shukran (kiri) diasak pemain Jepun di Stadium Hoki Taman Daya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia