Harian Metro

‘Petak depan baru sengit...’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Hafizh idam buru kedudukan terbaik sesi kelayakan untuk capai sasaran

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengaku penentuan petak perlumbaan pada sesi kelayakan cukup penting dalam usahanya memenuhi sasaran menamatkan perlumbaan di kelompok lima terbaik atau memburu podium pada perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia hujung minggu ini.

Justeru, Hafizh yang beraksi pada tahun terakhirny­a bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia berharap dapat menyambar petak ke-10 terbaik pada sesi kelayakan, Sabtu ini.

“Saya perlu dapatkan kedudukan paling terbaik di sesi kelayakan untuk memberi saingan lebih sengit.

“Kadang-kadang ada beberapa perlumbaan yang saya terpaksa bermula daripada petak belakang tetapi bila hari perlumbaan saya dapat momentum kelajuan yang dimahukan.

“Apapun, untuk saingan hujung minggu ini saya mahu berada di petak depan supaya dapat bersaing sengit dengan kelompok paling depan,” katanya ketika ditemui semalam.

Hafizh berkata, pusingan kedua terakhir di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) hujung minggu ini cukup penting untuknya yang masih menyimpan impian menamatkan saingan musim ini di kedudukan 10 pelumba terbaik dunia.

Ketika ini, pelumba yang mendapat gelaran Pescao itu menduduki tangga ke-11 kedudukan pelumba Moto2 dengan mengumpul 86 mata termasuk sudah meraih dua podium.

“Saya perlu konsisten apabila beraksi di tempat sendiri sebab bagi saya pusingan kali ini cukup penting.

“Saya yakin mampu meraih lebih 100 mata dan mampu menamatkan saingan musim ini di kedudukan 10 terbaik.

“Sebab jarak mata antara pelumba kesembilan sehingga ke-11 tidaklah terlalu jauh,” katanya.

 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? HAFIZH (kiri) dan pelumba wild card PETRONAS Sprinta Racing, Kasma Daniel Kasmayudin tak sabar hangatkan Litar Sepang.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR HAFIZH (kiri) dan pelumba wild card PETRONAS Sprinta Racing, Kasma Daniel Kasmayudin tak sabar hangatkan Litar Sepang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia