Harian Metro

Lorenzo tekad hapus mimpi ngeri di Sepang

-

dan dua bekas pemain negara, Rashid Sidek serta Yap Kim Hock di Velodrom Nasional, semalam.

Pelumba Sepanyol itu kini memimpin kedudukan pelumba MotoGP dengan mengumpul 269 mata, lebih 33 mata berbanding pencabar terdekat Andrea Dovizioso (Ducati).

Dia sudah pun memenangi kejuaraan dunia kelas utama itu pada 2013, 2014 dan 2016.

Mengenai cabaran di SIC, Marquez mengaku ia antara litar yang cukup mencabar dalam kalendar perlumbaan tahun ini.

“Setiap pelumba tahu cabaran sebenar di litar ini. Dengan faktor cuaca yang tidak menentu, ia menambahka­n lagi rasa teruja apabila turun berlumba.

“Apapun, kami semakin hampir meraih kejuaraan dunia, tapi pada akhirnya, kami perlu kekal fokus sehingga hujung musim,” katanya. Nilai: Pelumba Ducati, Jorge Lorenzo mahu melupakan mimpi ngeri hasil keputusan buruk pada Grand Prix (GP) Australia minggu lalu apabila turun beraksi pada GP Malaysia hujung minggu ini.

Mengaku melalui detik yang cukup sukar sepanjang musim ini, bekas juara dunia kelas MotoGP sebanyak tiga kali itu berkata, keputusan di Litar Phillip Island nyata di luar jangkaanny­a.

“Perlumbaan terakhir adalah sangat teruk. Kami tidak begitu kompetitif dan penamat ke-15 bukanlah sesuatu yang saya mahukan.

“Sepanjang musim ini saya boleh anggap sebagai sangat sukar. Perwatakan jentera tidak sama dengan perlumbaan sebenar.

“Saya pula perlu menukar gaya tunggangan. Tapi, pasukan dan saya terus saling membantu untuk meraih pencapaian lebih baik.

“Apapun, kadangkala kami mampu meraih keputusan yang bagus,” katanya.

Lorenzo menambah, Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) adalah antara litar kegemarann­ya dan untuk itu, dia berharap dapat meraih keputusan yang lebih baik.

“Ia adalah litar yang serba moden dan mempunyai cengkaman yang baik. Saya juga pernah melalui banyak kenangan manis di sini,” katanya.

 ?? Jorge Lorenzo ?? MARQUEZ (kiri) dan Lorenzo (kanan) serta bekas pemain badminton negara, Rashid Sidek (dua dari kiri) dan Yap Kim Hock (dua dari kanan) ketika perlawanan pertunjuka­n di Velodrom Nasional Nilai, semalam. Perlumbaan terakhir adalah sangat teruk. Kami...
Jorge Lorenzo MARQUEZ (kiri) dan Lorenzo (kanan) serta bekas pemain badminton negara, Rashid Sidek (dua dari kiri) dan Yap Kim Hock (dua dari kanan) ketika perlawanan pertunjuka­n di Velodrom Nasional Nilai, semalam. Perlumbaan terakhir adalah sangat teruk. Kami...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia