Harian Metro

Langkah kanan

- AFP

 Federer teruskan prestasi terbaik selepas menang mudah ke atas pemain muda AS

Roger Federer meraih kemenangan mudah di pusingan pertama kejohanan tenis dalam dewan Swiss Indoors selepas mengetepik­an pemain muda Amerika Syarikat (AS), Frances Tiafoe

6-1, 6-3, semalam.

Federer yang masih hangat dengan kejayaan menewaskan Rafael Nadal di pentas final terbuka Shanghai minggu lalu, meneruskan prestasi terbaiknya di depan penyokong sendiri dalam saingan yang sudah dimenangin­ya tujuh kali.

Bintang Switzerlan­d berusia 36 tahun itu, mudah mematahkan setiap pukulan lawan berusia 19 tahun berkenaan yang berjaya mengheretn­ya beraksi lima set di pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS), tahun ini.

Federer seterusnya akan bertemu pemain Perancis, Benoit Paire yang mengetepik­an pemain AS, Steve Johnson 6-3, 7-6 (7/4).

“Saya berasa baik ketika ini. Perlawanan dalam tempoh

(gambar)

singkat tidak membimbang­kan kerana saya mempunyai tempoh rehat selama sehari untuk esok. Malah, jika dibawa ke tiga set pun tidak mengapa,” kata Federer.

“Selagi saya menang, ia sudah cukup bagus. Saya gembira untuk menang perlawanan pertama. Frances begitu liat di Terbuka AS.

“Untuk aksi menentang Paire, saya menjangkak­an ia akan berlangsun­g sengit. Dia pemain yang berbahaya terutama bagi saingan dalam dewan.”

Juara bertahan dan pilihan kedua, Marin Cilic mara ke pusingan kedua hanya dalam tempoh 30 minit selepas pemain Jerman, Florian Mayer menarik diri ketika ketinggala­n 6-3.

Pilihan ketiga, David Goffin mengalahka­n pemain Jerman, Peter Gojowczyk 6-2, 7-5 dan pilihan kelima, Jack Sock dari AS mengatasi halangan pemain Kanada, Vasek Pospisil 3-6, 7-6 (9/7), 7-5.

 ??  ?? FEDERER tetap waspada ancaman
Paire di pusingan kedua.
FEDERER tetap waspada ancaman Paire di pusingan kedua.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia