Harian Metro

Barca menang mudah

- AFP

 Tundukkan Murcia 3-0 tanpa tiga tonggak utama

Barcelona yang turun tanpa tonggak utama, mudah mengatasi kelab divisyen tiga, Real Murcia 3-0 dalam perlawanan pertama kelompok 32 terakhir Piala Raja Sepanyol, semalam.

Dengan Lionel Messi, Luis Suarez dan Andres Iniesta direhatkan, Paco Alcacer, Gerard Deulofeu dan Jose Manuel Arnaiz yang membuat penampilan sulungnya, memanfaatk­an peluang untuk menjaringk­an gol buat penyandang juara itu.

“Saya gembira kerana hari ini kami bermain dengan pemain daripada pasukan B dan mereka yang tidak kerap diturunkan. Ia adalah ujian terbaik buat mereka,” kata pengendali Barca, Ernesto Valverde.

Barca kini menang 12 dan seri sekali dalam 13 perlawanan akhir semua pertanding­an, tetapi mengambil masa sebelum dapat menembusi benteng lawannya itu.

Malah, Murcia hampir mendahului apabila Fernando Llorente melepaskan rembatan jarak dekat di pertengaha­n babak pertama.

Alcacer menjaringk­an gol pertamanya sejak final kejohanan sama musim lalu, seminit sebelum rehat hasil hantaran Deulofeu.

Bekas pemain sayap Everton, Deulofeu yang menjaringk­an gol pertamanya untuk Barca ketika bertemu Malaga minggu lalu, menambah jaringan tujuh minit selepas permainan bersambung.

Arnaiz satu-satunya pemain muda Barca yang menyerlah untuk skuad simpanan musim ini dalam divisyen dua dan diberi kepercayaa­n oleh Valverde untuk penampilan sulung bersama skuad senior.

Dengan aksi timbal balik akan berlangsun­g di Nou Camp pada Januari, Barca kini mampu memberi tumpuan kepada mempertaha­nkan kelebihan empat mata di persada La Liga dan mengesahka­n tempat ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

 ??  ?? PENAMPILAN sulung Arnaiz (kanan) bersama Barcelona ketika menentang Real Murcia.
PENAMPILAN sulung Arnaiz (kanan) bersama Barcelona ketika menentang Real Murcia.
 ??  ?? PEMAIN tengah Barcelona, Denis Suarez (kanan) berebut bola dengan pemain Real Murcia dalam perlawanan Piala Raja Sepanyol, semalam.
PEMAIN tengah Barcelona, Denis Suarez (kanan) berebut bola dengan pemain Real Murcia dalam perlawanan Piala Raja Sepanyol, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia