Harian Metro

BRAVO SELAMAT MARUAH CITY

- AFP

London

Penjaga gol Manchester City, Claudio Bravo muncul wira ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris itu menewaskan peneraju Liga Kejuaraan, Wolves 4-1 menerusi penentuan penalti di pusingan keempat Piala Liga, semalam.

Perlawanan di Stadium Etihad itu menyaksika­n kedudukan terikat tanpa jaringan selepas 30 minit masa tambahan dan perebutan ke suku akhir terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Bravo bertindak cemerlang menafikan dua sepakan penalti berturut-turut yang diambil Alfred N’Diaye dan Conor Coady.

Sergio Aguero yang kurang satu gol untuk menjadi penjaring terbanyak City, memastikan kemenangan dengan sepakan gaya Panenka.

Memandangk­an gol penyerang Argentina itu dijaringka­n dalam penentuan penalti, ia tidak dikira sebagai rekod baru sebaliknya kekal menyamai catatan Eric Brooks dengan 177 gol.

Sementara itu, Arsenal yang menurunkan skuad berbeza daripada kesebelasa­n utama yang menewaskan Everton 5-2, hampir dimalukan Norwich

City di Emirates sebelum penyerang bawah 19 tahun England, Eddie Nketiah menyamakan kedudukan di saat akhir.

Nketiah hanya memerlukan 15 saat sebaik dimasukkan untuk memadamkan kelebihan jaringan Josh Murphy untuk Norwich dan mengheret permainan ke masa tambahan.

Pemain 18 tahun itu memastikan Arsenal mara ke suku akhir apabila menanduk masuk gol kemenangan.

Kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace tersingkir selepas tewas 1-4 kepada Bristol City di Ashton Gate. Juara bertahan Piala Liga, Manchester United menewaskan seteru Liga Perdana, Swansea 2-0 hasil jaringan Jesse Lingard.

Bournemout­h mencatat kemenangan 3-1 ke atas Middlesbro­ugh di laman sendiri manakala Leicester bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Leeds United 3-1.

 Penjaga gol jamin kemaraan pasukan selepas nafi dua sepakan penalti pemain Wolves

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia