Harian Metro

Guardiola tak puas hati bola terlalu ringan

-

London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengkritik penggunaan bola dalam aksi pusingan keempat Piala Liga apabila pasukannya gagal menjaringk­an gol sebelum menang 4-1 menerusi penentuan penalti ke atas Wolverhamp­ton Wanderers, semalam.

Pendahulu Liga Perdana, City sudah meledak 32 gol dalam lima perlawanan setakat ini - lebih berbanding pasukan lain - tetapi gagal untuk memecahkan kebuntuan jaringan ketika berdepan kelab Liga Kejuaraan yang menyaksika­n perlawanan berakhir 0-0 selepas masa tambahan.

Penjaga gol, Claudio Bravo menyelamat­kan dua penalti daripada pemain Wolves untuk membantu City meraih kemenangan dan Guardiola menyalahka­n bola Mitre yang digunakan sebagai punca pasukannya gagal meledak gol.

“Ia tidak boleh diterima, bola itu tidak boleh dipakai untuk kejohanan bertaraf tinggi,” kata Guardiola selepas perlawanan.

“Ia terlalu ringan, tidak berat. Ia bukan bola yang bagus. Tidak mungkin untuk menjaringk­an gol dengan bola seperti itu dan saya boleh kata begitu sebab kami menang.

“Saya bukan mahu memberi alasan. Semua pemain saya maklumkan perkara sama. Maaf, tapi ia bukan bola yang sesuai untuk kejohanan sebegini.”

Bravo dikritik hebat kerana prestasi kurang menyerlah sejak menyertai City pada 2016 dan bintang Brazil, Ederson menjadi penjaga gol pilihan pertama Guardiola musim ini.

“Tanpa Claudio, kami tidak mungkin akan ke pusingan seterusnya,” tambah Guardiola.

“Saya gembira untuknya kerana ia sentiasa tidak menjadi perkara yang mudah.

“Dia menyelamat­kan banyak situasi penting buat pasukan.” - Reuters Manchester: Pertahanan Manchester United, Phil Jones sudah pulih daripada kecederaan kaki dan cergas untuk pertembung­an Liga Perdana Inggeris berdepan Tottenham Hotspur, Sabtu ini, kata pengurus Jose Mourinho.

Tonggak England itu digantikan Victor Lindelof di babak pertama ketika tumpas 1-2 kepada Huddersfie­ld Town, minggu lalu dan kesilapan pemain Sweden itu menyumbang kepada kekalahan pertama United musim ini.

“Saya fikir Jones akan kembali kerana hari ini, dia berada di bangku simpanan dan memberitah­u sudah sedia

beraksi se- kiranya diperlukan,” kata Mourinho selepas kemenangan 2-0 ke atas Swansea dalam aksi pusingan keempat Piala Liga.

“Jadi, saya percaya dia akan berada dalam keadaan lebih baik menjelang Sabtu ini. Selain daripada itu, tiada berita baru dan harapan lain (untuk pemain yang berada dalam senarai kecederaan).”

Setakat ini, United belum menetapkan tarikh kepulangan semula perancang tengah, Paul Pogba (hamstring), Michael Carrick (betis) dan Marouane Fellaini (lutut) dengan Eric Bailly masih bergelut dengan kecederaan pangkal paha.

Zlatan Ibrahimovi­c dan Marcos Rojo pula dijangka kembali daripada kecederaan lutut, akhir tahun ini.

Kepulangan Jones hadir tepat pada masanya buat pasukan tangga kedua itu yang terikat 20 mata bersama Tottenham menjelang pertembung­an di Old Trafford. - Reuters

 ?? Jose Mourinho ?? Saya percaya dia akan berada dalam keadaan lebih baik menjelang Sabtu ini”
Jose Mourinho Saya percaya dia akan berada dalam keadaan lebih baik menjelang Sabtu ini”
 ??  ?? AGUERO (kiri) turut ledak gol menerusi sepakan penalti.
AGUERO (kiri) turut ledak gol menerusi sepakan penalti.
 ??  ?? BOLA keluaran Mitre yang didakwa Guardiola tidak sesuai untuk kegunaan kejohanan.
BOLA keluaran Mitre yang didakwa Guardiola tidak sesuai untuk kegunaan kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia