Harian Metro

ENGGAN CICIR MATA

- Aziman Rosdi, Rizar Mohd Noor, Izzali Ismail & Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar

Pengendali Kedah, Nidzam Adzha Yusoff tetap mahu menurunkan skuad kedua pada perlawanan terakhir Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

Walaupun fokus Kedah kini lebih terarah kepada final Piala Malaysia yang dijadualka­n 4 November ini, persembaha­n terakhir pasukan Kedah di gelanggang keramat mereka juga bakal menentukan kedudukan terakhir Helang Merah dalam carta liga.

Kedah kini berada di kedudukan keempat dan berpeluang naik ke tangga ketiga dengan syarat mereka menewaskan Johor DT sambil mengharapk­an FELDA United tewas kepada PKNS.

“Ini peluang untuk skuad kedua kita membuktika­n keupayaan mereka. Kita tewas 2-4 dalam aksi sebelum ini kepada Sarawak di Kuching.

“Pastinya kita mahukan kemenangan di Darul Aman untuk kita bawa semangat ke Stadium Shah Alam bagi mengharung­i aksi final Piala Malaysia.

“Dua pemain senior iaitu Khairul Helmi (Johari) dan Liridon Krasniqi yang tidak dapat beraksi sewaktu perlawanan separuh akhir kedua menentang FELDA United mungkin akan diturunkan mengetuai pemain lain dalam perlawanan bertemu Johor DT, Sabtu ini.

“Perlawanan menentang Johor DT ini juga akan menjadi medan pemanas badan buat dua pemain berkenaan dan mereka perlu meneruskan prestasi pada tahap yang terbaik,” kata Nidzam.

Ditanya mengenai peluang Kedah untuk perlawanan Sabtu ini, beliau tetap yakin skuad keduanya akan turun dengan semangat tinggi terutama selepas kejayaan mara ke final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut.

“Pemain yang diturunkan akan lebih teruja dan bersemanga­t

 Nidzam turun barisan kedua layan Johor DT dalam aksi terakhir liga

apabila bertemu Johor DT dan saya rasa ini peluang baik untuk mereka.

“Pada masa sama, saya harap dua pemain simpanan iaitu Hanif Mat Dzahir dan Asri Mardzuki yang mengalami kecederaan akan segera pulih.

“Pemain akan kembali berlatih di Stadium Sultan Abdul Halim dan tempoh latihan pada minggu ini akan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk menghadapi final,” katanya.

 ?? Nidzam Adzha Yusoff ?? Pastinya kita mahukan kemenangan di Darul Aman untuk kita bawa semangat ke Stadium Shah Alam bagi mengharung­i aksi final Piala Malaysia” PEMAIN Kedah giat berlatih menjelang pertemuan dengan Johor DT.
Nidzam Adzha Yusoff Pastinya kita mahukan kemenangan di Darul Aman untuk kita bawa semangat ke Stadium Shah Alam bagi mengharung­i aksi final Piala Malaysia” PEMAIN Kedah giat berlatih menjelang pertemuan dengan Johor DT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia