Harian Metro

Larkin kekal kubu kuat Johor DT

-

Kuala Lumpur: Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin nyata menjadi kubu kuat pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) selepas skuad Harimau Selatan itu tidak pernah tewas sepanjang 22 perlawanan yang berlangsun­g di venue berkenaan musim ini.

Daripada 22 perlawanan yang diharungi dalam semua pertanding­an setakat ini, skuad bimbingan Ulisses Morais itu beraksi sebanyak 11 perlawanan Liga Super di laman sendiri dengan sembilan daripadany­a berakhir dengan kemenangan.

Hanya dua pasukan saja yang berjaya menafikan Johor DT daripada meraih tiga mata di laman sendiri iaitu Kedah yang berjaya mengikat Harimau Selatan 1-1 sementara satu lagi perlawanan menyaksika­n mereka terpaksa berpuas hati dengan seri tanpa jaringan ketika menentang Selangor.

Bagi aksi Piala Malaysia, lima perlawanan berlangsun­g di Larkin dengan Johor DT memenangi empat daripadany­a sementara satu perlawanan berakhir dengan keputusan seri iaitu ketika Melaka United mengikat mereka 1-1 di suku akhir kedua.

Sementara itu, Johor DT tidak tewas dalam dua aksi di laman sendiri bagi saingan Piala FA sementara mereka turut ‘kebal’ dalam empat aksi Piala AFC yang berlangsun­g di stadium berkenaan.

Dalam perkembang­an itu, Stadium Tan Sri Hassan Yunos mencatat rekod kehadiran penyokong tertinggi dalam Liga Malaysia untuk tiga musim berturut-turut sejak 2015 hingga 2017.

Pada musim 2015, seramai 184,198 penyokong hadir menyaksika­n perlawanan dan jumlah itu jauh mengatasi Kelantan yang mencatat kehadiran 108,696 penyokong sementara Pahang di tangga ketiga dengan 107,683 penyokong.

Jumlah kehadiran penyokong Johor DT terus meningkat pada 2016 apabila 191,982 penyokong menyaksika­n perlawanan sementara Perak di tangga kedua dengan 121,687 penyokong dan Kedah (103,421).

Dengan hanya baki dua perlawanan musim ini iaitu satu aksi Liga Super dan final Piala Malaysia, Johor DT terus unggul selepas mencatat 187,557 kehadiran diikuti Kedah (156,626) dan Pahang (81,205).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia