Harian Metro

Izham janji tak mahu dibolosi jika beraksi di final

-

Johor Bahru: Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Izham Tarmizi Roslan

sedia menggalas tugas selaku penjaga gawang utama pasukan seandainya terpilih untuk berdepan Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 4 November ini.

Apapun, Izham menyerahka­n keputusan sama ada dia atau Haziq Nadzli yang akan tersenarai selaku penjaga gol utama kepada ketua jurulatih, Ulisses Morais.

Walaupun masih berbaki kira-kira seminggu sebelum aksi final namun baginya, persiapan dari aspek kekuatan mental perlu dipertingk­atkan kerana ia memainkan peranan bagi memastikan aksi konsisten dapat dipamerkan.

Katanya, bukan mudah untuk Johor DT melepasi ranjau Piala Malaysia sejak peringkat kumpulan hingga berjaya menundukka­n Perak di kelompok empat pasukan terakhir minggu lalu.

“Jika pada musim 2014, kami tewas menerusi sepakan penalti 3-5 kepada Pahang, mungkin pada musim ini, Insya-Allah kita akan berusaha untuk membawa pulang Piala Malaysia ke Johor selepas kali terakhir ia dimenangi pada 1991.

“Apapun, kami akui lawan pada final adalah juara bertahan, Kedah dan mereka sudah tentu akan turun habis-habisan untuk mempertaha­nkan piala yang dimenangi tahun lalu dan saya jangkakan ia perlawanan yang hebat.

“Ketika final 2014, saya tidak beraksi sebaliknya Al-Hafiz Hamzah yang ditugaskan menjaga gawang namun pada kali ini, saya harus berada di tahap yang terbaik dan bersedia untuk memberi persembaha­n tertinggi jika terpilih dalam kesebelasa­n utama,” katanya.

Walaupun aksi final semakin hampir, namun Izham mahu melupakan debaran itu seketika dan memberi tumpuan pada aksi terakhir saingan Liga Super berdepan skuad

Helang

Merah di Stadium Darul Aman, Sabtu ini yang dianggap perlawanan ‘prafinal’.

Malah katanya, jika kemenangan mampu dilakar dalam aksi terakhir itu, pasti meningkatk­an lagi motivasi setiap pemain Johor DT bagi berdepan Kedah sekali lagi pada aksi final Piala Malaysia.

“Sama ada Kedah menurunkan barisan terkuat atau barisan kedua, kami tetap akan beri tentangan kerana agak malang jika menamatkan saingan liga dengan kekalahan dan misi kita mahu tiga mata terakhir,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia