Harian Metro

Misi gegar ‘Pak Arab’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Thana tuntut rakan kerja keras lepasi halangan jagoan Asia Barat di China

Penyerang, N Thanabalan mengaku skuad bawah 22 tahun negara (B-22) berdepan misi sukar selepas diundi menentang tiga pasukan gergasi Asia Barat iaitu Iraq, Jordan dan Arab Saudi dalam saingan Kumpulan C Kejohanan AFC B-23 di China, Januari depan.

Bagaimanap­un, tonggak skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu tetap positif untuk membantu pasukan melakukan kejutan seperti yang dilakukan pada pusingan kelayakan di Bangkok, Julai lalu.

“Kalau dilihat pada undian itu memang sukar kerana Iraq, Jordan dan Arab Saudi adalah pasukan dari negara Arab yang kuat ketika ini.”

“Mereka ini sememangny­a mempunyai kelebihan fizikal dan teknikal yang baik. Saya tak pernah bermain menentang

Iraq dan Arab Saudi kecuali Jordan pada Kejohanan Piala Dubai 2017 di mana kami kalah 0-4. Tapi saya jangkakan kekuatan tiga pasukan ini lebih kurang sama, jadi kami kena bekerja lebih keras,” katanya semalam.

Iraq dilihat pasukan pilihan untuk mengisi salah satu daripada dua slot ke suku akhir daripada Kumpulan C apabila menjadi juara pada edisi pertama 2013 dengan menewaskan Arab Saudi 1-0 manakala Jordan meraih tempat ketiga.

Pada tahun lalu, Iraq menduduki tempat ketiga selepas mengalahka­n Qatar 2-1.

Malaysia akan membuka kempen Kumpulan C di Changsu bertemu Iraq pada 10 Januari diikuti Jordan (13 Januari) dan Arab Saudi (16 Januari).

Thanabalan yang menyumbat dua gol ketika membantu skuad negara muncul juara pusingan kelayakan di Bangkok berkata, walaupun sukar sasaran awal adalah untuk melepasi halangan peringkat kumpulan di China.

“Di Bangkok dulu tiada yang meletakkan harapan tinggi untuk kita layak tapi kita tetap berjaya. Apa yang penting, pemain dapat melakukan persiapan lebih baik dan untuk saya sendiri mahu melihat kita layak sekurang-kurangnya sebagai pasukan kedua terbaik kumpulan,” katanya.

 ??  ?? THANABALAN watak penting skuad B-22 negara di Sukan SEA lalu.
THANABALAN watak penting skuad B-22 negara di Sukan SEA lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia