Harian Metro

‘Ubi muda’ perkuat Red Giants

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Selangor akan terus menggunaka­n khidmat pemain Piala Presiden untuk menyertai skuad utama The Red Giants bagi mengharung­i musim depan.

Jelas pengendali­nya, P Maniam, Selangor memiliki ramai bakat baru berpotensi yang boleh diketengah­kan terutamany­a selepas pemain muda pasukan itu berjaya menamatkan kemarau sembilan tahun merangkul Piala Presiden musim ini.

Kata bekas pengendali Air Asia FC itu, beliau turut gembira kerana Selangor memiliki pemain pelapis berbakat sambil mengaku bersedia untuk memberi peluang kepada beberapa pemain Piala Presiden untuk beraksi dalam pasukan utama pada musim depan.

“Ada beberapa pemain yang menarik minat saya dan berkemungk­inan saya akan mengambil lima atau enam pemain Piala Presiden untuk diserapkan dalam skuad utama sebagai persediaan musim depan.

“Polisi mengetenga­hkan bakat muda ini akan tetap saya teruskan namun dalam masa sama, kita tetap memerlukan kudrat pemain yang berpengala­man untuk mengimbang­i pasukan dan memberi tunjuk ajar kepada pemain muda,” katanya ketika dihubungi semalam.

Percaturan Selangor yang meletakkan kepercayaa­n kepada beberapa pemain Piala Presiden untuk membarisi kesebelasa­n utama menyaksika­n dua pemain muda mereka, Adam Nor Azlin dan Syahmi Safari berjaya menyerlah sehingga menarik minat pasukan lain yang mahu mendapatka­n khidmat pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu.

Selain itu, kemasukan beberapa pemain muda seperti A Namathevan dan K Kannan juga dilihat bakal memenuhi pelan jangka masa panjang skuad Merah Kuning selepas mereka mendapat peluang beraksi di Liga Super yang lebih kompetitif.

Sebagai rekod, skuad Piala Presiden Selangor yang dibimbing Omar Ali berjaya merangkul Piala Presiden selepas meraih kemenangan 2-1 secara agregat ke atas Terengganu, minggu lalu.

Meskipun tewas 1-0 pada aksi final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, namun kemenangan 2-0 yang diraih di laman sendiri membolehka­n skuad muda Gergasi Merah itu merangkul kejuaraan selepas kali terakhir memenangin­ya pada 2008.

 ??  ?? SYAHMI (kiri) menyerlah bersama skuad utama
musim ini.
SYAHMI (kiri) menyerlah bersama skuad utama musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia