Harian Metro

Niena tekad tembusi ‘pasaran’ Indonesia

- Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penjaga gol wanita negara, Nur Izwani Azman 30, kini sedang mengintai peluang untuk beraksi di liga futsal Indonesia selepas membantu skuad futsal Malaysia menduduki tempat keempat di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu.

Hasrat Nur Izwani yang juga dikenali sebagai Niena itu dijangka dapat direalisas­ikan tidak lama lagi selepas syarikat pencari bakat, Marquee Sport Sdn Bhd menyatakan kesediaan untuk membantuny­a menembusi pasaran Indonesia pada masa depan.

“Saya memang berminat menyertai liga futsal Indonesia kerana sehingga kini tiada pemain futsal wanita Malaysia berjaya menembusi pasaran negara berkenaan.

“Jika berjaya menyertai mana-mana kelab futsal Indonesia, maka ia adalah peluang terbaik bagi saya menimba

(gambar),

pengalaman dan ilmu untuk bermain di peringkat liga lebih kompetitif.

“Di Malaysia memang ada Liga Futsal Kebangsaan setiap tahun namun suasana di Indonesia jauh lebih meriah dan mencabar berbanding di tanah air,” katanya.

Dalam pada itu, Niena menegaskan dia tetap mahu mencari pengalaman dan nasib bermain dalam liga futsal luar negara biarpun hanya untuk setahun atau dua.

“Malaysia mempunyai liga futsal semi pro sendiri namun di sana (Indonesia) lagi meriah. Jadi daripada kita tidak pernah langsung bermain dalam liga futsal di luar negara langsung baik kita main di sana walaupun hanya untuk tempoh satu atau dua tahun.

“Pengalaman bermain di liga Indonesia juga penting bagi saya yang berhasrat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang kejurulati­han selepas bersara daripada mewakili Malaysia, tahun depan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia