Harian Metro

Puas kongsi nikmat

- DARI MUKA 1

Menurut Che Ta, selain menaja orang kampung, dia turut menghantar adikberadi­k, saudara-mara dan kakitangan syarikatny­a menunaikan umrah.

“Sebelum menaja orang kampung, saya jalankan tanggungja­wab ini kepada saudara-mara terdekat dahulu.

“Mula-mula saya taja adik-beradik seibu sebapa. Kemudianny­a adikberadi­k daripada tiga ibu tiri, rakan dan kakitangan syarikat. Saya berasa puas apabila dapat berkongsi rezeki ini bagi sama-sama merasai nikmat mengerjaka­n umrah buat pertama kali,” katanya.

Che Ta yang juga isteri kepada pelakon Zain Saidin berharap niat murninya itu tidak disalah anggap orang ramai dengan menyifatka­n dia ingin menunjuk-nunjuk atau riyak.

Sebaliknya, apa dilakukan Che Ta sekadar perkongsia­n yang boleh mendidik orang lain melakukan perkara sama sekiranya mereka berkemampu­an.

Pada masa sama, Che Ta berhasrat meneruskan perkara ini kerana baginya usaha dan bekerja ke jalan Allah tidak akan pernah putus.

“Saya sentiasa berdoa terus dimurahkan rezeki supaya dapat meneruskan perkara ini. InsyaAllah selepas ini saya nak menghantar anak yatim piatu pula. Doakan semoga perancanga­n saya dipermudah­kan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Che Ta yang baru dilantik menjadi duta pakej umrah syarikat Imtiyaz Travel & Tours bersama suami bakal menunaikan umrah kali ke-11 pada 22 Januari sehingga 2 Februari tahun depan bersama 20 ahli keluarga lain. sukar nak dikenal pasti. Disebabkan duit, mata mereka mudah dikaburi sekelip mata.

“Mungkin disebabkan saya terlalu baik dan cepat percayakan seseorang membuatkan mereka boleh mengambil kesempatan bila-bila masa. Saya pula jenis yang lembut hati. Jadi, apabila sering terkena saya mulai ambil langkah berhati-hati,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ?? Sebelum menaja orang kampung, saya jalankan tanggungja­wab ini kepada saudara-mara terdekat dahulu
Sebelum menaja orang kampung, saya jalankan tanggungja­wab ini kepada saudara-mara terdekat dahulu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia