Harian Metro

Kesilapan lalu bukan ukuran

- DARI MUKA 1

Uqasha terharu Hefny terima dia seadanya dan sering beri perangsang

“Pada mulanya, saya anggap dia tidak lebih daripada teman biasa. Namun, lama-kelamaan saya rasa selesa berkawan dengannya.

“Hefny satu-satunya lelaki istimewa yang mengisi kekosongan hidup saya sejak setahun lalu.

Saya harap hubungan kami ini bertahan lama dan melangkah ke fasa seterusnya.

“Selama ini, saya banyak mendiamkan diri kerana tidak mahu hubungan kami menjadi bualan ramai. Biarlah saya kenal hati budinya terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan peminat,” katanya.

Ternyata sikap penyayang dan baik hati jejaka berusia 27 tahun itu berjaya mencuit hati Uqasha untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

“Dia juga tidak pernah menghakimi saya dengan segala macam kontrovers­i yang berlaku. Dia menerima seadanya saya tanpa menilai setiap kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini.

“Bukan mudah untuk seorang lelaki menerima kekasih hati yang pernah melakukan kesilapan dan terkait dengan pelbagai kontrovers­i. Dia sentiasa memberi saya semangat dan berfikiran positif dalam mendepani hidup yang penuh mencabar ini,” katanya.

Ditanya adakah mereka bercadang melangkah ke fasa seterusnya iaitu bertunang, Uqasha berkata, soalan itu lebih manis ditanya kepada pihak lelaki.

“Saya tiada komen. Bukan apa, lebih manis hal sebegini dijawab pihak lelaki. Bagaimanap­un, saya sentiasa bersedia dan terbuka dengan apa saja keputusann­ya,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya yang dilihat semakin matang dalam

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia