Harian Metro

Dongwoo mangsa penipuan

-

Annyeongha­seyo! Menjadi terlalu optimis setiap masa sebenarnya boleh menjerat diri terutama jika bertemu individu yang salah.

Itu yang berlaku kepada anggota INFINITE, Dongwoo apabila menjadi mangsa skim penipuan jual kereta.

Bukan sekali dua tetapi untuk tahun ini saja, dia hampir menjadi mangsa sebanyak enam kali! Perkara itu didedahkan rakannya dalam kumpulan itu ketika menjadi tetamu jemputan untuk program Weekly Idol, baru-baru ini.

Terdahulu, hosnya iaitu Jung Hyung Don bertanyaka­n kesahihan dan seakan-akan sudah tahu perkara itu kepada Dongwoo.

Penyanyi itu hanya ketawa dan hos terbabit pula merungkai satu persatu maklumat yang dia ada mengenai penipuan itu.

Jung Hyung Don mengatakan dia diberitahu Dongwoo hanya membabi buta mahu membeli kereta itu tanpa menyiasat terlebih dulu.

Mereka turut menasihatk­annya supaya jangan berurus niaga dengan orang tidak dikenali kerana ia sangat bahaya.

Hos berkenaan kemudian mendedahka­n dia sebenarnya sudah tahu mengenai cerita itu daripada Sunggyu.

Menurutnya, Sunggyu sudah menasihati Dongwoo tetapi penyanyi itu terus optimis dan cuma menjawab dia akan lebih berhati-hati selepas ini.

Sungyeol pula mendedahka­n tahun ini saja sudah enam kali Dongwoo menjadi mangsa tipu itu.

Bagaimanap­un, hos itu memuji tahap optimis penyanyi berkenaan yang disifatkan sangat terpuji walaupun sebenarnya agak membimbang­kan.

“Saya dengar dalam sehari, Dongwoo hanya akan tidur selama empat jam dan selebihnya dihabiskan dengan tersenyum,” katanya.

Tidak mahu menyangkal perkara itu, Dongwoo hanya mampu ketawa dan setuju dengan kenyataan Jung Hyung Don.

“Sikap terlalu optimis itu diwarisi daripada ibu bapa saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia