Harian Metro

Luahan isi hati buat isteri

- Syafil Syazwan Jefr i syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Achey ceburi dunia

nyanyian tulis sendiri lirik Yang Terindah

Memulakan kariernya sebagai pelawak menerusi program realiti komedi Bintang Mencari Bintang musim pertama yang pernah ditayangka­n di TV3 beberapa tahun lalu, Achey kini mampu tersenyum dengan pencapaian­nya.

Selepas dikenali sebagai pelawak, pelakon dan pengacara menerusi program Gema Gegar Vaganza, Achey kemudian mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

Lebih menarik, dia sudah merakamkan single pertama berjudul Yang Terindah yang dihasilkan khas untuk isterinya.

“Insya-Allah lagu ini akan dilancarka­n tidak lama lagi. Ia karya ciptaan Zimi Sofaz manakala lirik ditulis saya sendiri khas buat isteri sebagai tanda penghargaa­n di atas pengorbana­nnya selama kami bersama,” katanya.

Menurut Achey, lirik lagu terbabit ditulis pada pertengaha­n Ogos lalu, menjelang ulang tahun hari kelahirann­ya.

“Saya mahu hasilkan sesuatu yang istimewa dan boleh dikenang. Lagipun, sudah tujuh tahun kami mendirikan rumah tangga.

“Menerusi lagu ini saya luahkan segala isi hati terhadap isteri tercinta,” katanya.

Ditanya mengenai langkahnya sebagai penyanyi, Achey menganggap itu satu lagi cabang rezeki.

“Selagi terdaya, saya cuba sebaik mungkin untuk kembangkan apa juga bakat yang ada. Dalam kata lain, saya ‘rembat’ semua peluang yang ada depan mata,” katanya.

Yang Terindah kini sudah mula dihantar ke stesen radio seluruh negara dan dikongsi rakan di Instagram dan medium sosial lain.

Terbaru, Achey baru selesai penggambar­an filem Hantu Wangan arahan Ahmad Idham.

“Mungkin orang selalu melihat saya sebagai pelawak tetapi ada sedikit kelainan di tampilkan dalam filem ini. Saya memegang watak sebagai KK dan ada beberapa adegan aksi yang saya lakukan sendiri,” katanya.

Kata Achey, dia menerima tawaran membintang­i filem itu bagi membuktika­n kemampuann­ya sebagai artis serba boleh.

“Saya tidak terlalu cerewet dan tak kisah siapa pun pengarahny­a. Yang penting, ada tawaran dan kalau sesuai saya terima.

“Cabaran terbesar watak ini adalah melakukan babak romantik dengan gandingan saya, Nur Risteena.

“Bayangkan kena ulang tujuh kali. Namun, ia pengalaman menarik buat saya,” katanya.

Selain Achey dan Risteena, Hantu Wangan turut dibintangi Cat Farish, Ruminah Sidek dan Nor Albaniah.

Selagi terdaya, saya cuba sebaik mungkin untuk kembangkan apa juga bakat yang ada. Dalam kata lain, saya ‘rembat’ semua peluang yang ada depan mata

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia