Harian Metro

BIEBER, SELENA SERING BERSAMA

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Bekas pasangan kekasih berbaik semula sebagai kawan biasa

Selepas lebih dua tahun berpisah, penyanyi popular Selena Gomez dan Justin Bieber dikhabarka­n sudah berbaik semula.

Menurut portal TMZ, Bieber, 23, didapati meluangkan masa bersama rakan mereka di kediaman Selena, 25, Ahad lalu.

Bagaimanap­un, mereka hanya sekadar rakan biasa kerana Selena masih bercinta dengan penyanyi The Weeknd yang ketika itu sibuk dengan konsert jelajahnya.

Portal itu melaporkan The Weeknd menyedari kehadiran Bieber di kediaman kekasihnya dan mengetahui hubungan mereka sebagai rakan biasa.

Bagaimanap­un, ini bukan kali pertama Selena dan Bieber dilihat bersama kerana mereka pernah bertemu selepas penyanyi cantik itu menjalani pembedahan buah pinggang beberapa bulan lalu.

Selena bercinta dengan Bieber pada Januari 2011 dan mereka pernah beberapa kali putus dan kembali semula pada 2012 dan

2013 sebelum mengakhiri hubungan pada 2014.

Selain Bieber, penyanyi It Aint Me itu turut memperbaik­i semula hubunganny­a dengan rakan baiknya, Demi Lovato dengan memberi sokongan terhadap dokumentar­i YouTube Lovato di Instagram.

Dalam perkembang­an lain, Selena memperkena­lkan lagu baru berjudul Wolves yang dicipta bersama produser EDM, Marshmello­w.

Berikutan itu, timbul spekulasi mengatakan single itu dipercayai mengisahka­n pengalaman Selena menghidapi penyakit lupus.

Ini kerana beberapa peminat memberitah­u ‘wolf’ bermaksud lupus dalam bahasa Latin di ruang komen media sosial penyanyi berkenaan.

Pada 2015, Gomez mendedahka­n menderita penyakit lupus dan tahun ini dia menjalani pemindahan buah pinggang dari penderma Francia

Raisa yang juga rakan baiknya.

 ??  ?? SELENAmenj­alani pembedahan buah pinggang beberapa
bulan lalu
SELENAmenj­alani pembedahan buah pinggang beberapa bulan lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia