Harian Metro

BUKAN SEKADAR PENYEJUK

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Penyaman udara Dual Cool Inverter

LG mampu halau nyamuk

Penyaman udara! Ya fungsinya sekadar menyejukka­n badan dalam bilik atau ruang tamu kan? Mungkin anda perlu memikirkan­nya buat kali kedua.

Penyaman udara kini bukan sekadar menyejukka­n malah perubahan teknologi merintis tambahan inovasi dalam mesin.

Misalnya, penyaman udara Dual Cool Inverter LG yang mempunyai model Dual Cool

Standard (Mosquito

Away) mempunyai ciri unik seperti penjimatan tenaga, prestasipe­nyejukan pantas, keselesaan terbaik, penjagaan kesihatan serta mudah guna.

Dual Cool Standard (Mosquito Away) mempunyai Dual Inverter Compressor yang mengubah suai kelajuan pemampat untuk mengekalka­n tahap suhu yang diinginkan tanpa perlu kerap mengawal naik turun suhu, sekali gus dapat menjimatka­n penggunaan tenaga.

Perubahan teknologi juga menyaksika­n keupayaan LG menghasilk­an penapis habuk mikro yang memerangka­p dan menghapusk­an partikel mikro seperti bakteria, alergen dan habuk bagi memberikan persekitar­an rumah dengan udara lebih segar serta bersih untuk anda.

Secara teornya, fungsi ini mampu menghapusk­an partikel mikroskopi­k sekecil 0.3um.

Penguji tertarik dengan fungsi penyaman udara yang mampu menghalau nyamik apabila alat khas dalamnya menghasilk­an gelombang ultrasonik tanpa bunyi di antara 30kHz - 100kHz.

Gelombang ultrasonik itu mengurangk­an kemampuan nyamuk untuk mengesan CO2 yang dihembus keluar manusia dengan cara melumpuhka­n sistem sarafnya, sekali gus menjadi teknik penghalau nyamuk yang bebas bahan kimia.

Bukan itu saja, dengan hanya satu klik pada butang kawalan jauh “Comfort Air”, ia mengubah suai sudut bilah kipas untuk memastikan udara tidak dihembuska­n terus ke tubuh pengguna dan menyebabka­n suhu badan turun mendadak serta rasa kurang selesa.

Pendek kata, teknologi Dual Inverter yang revolusion­ari ini sememangny­a ultra efisien, berkuasa dan senyap.

Pemasangan juga tidak mengakibat­kan bil elektrik melambung! Setakat ini, penambahan angka pada bil penguji seakan boleh ditutup sebelah mata.

Malah, terdapat aplikasi khas yang membolehka­n pengguna memantau keadaan suhu dan memastikan kesesuaian ‘cuaca’ dalam bilik anda.





 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia