Harian Metro

Jenayah siber meningkat

- Wan Nur Ameera Meor Rozman itmetro@hmetro.com.my

Laporan risikan keselamata­n terkini mendapati serangan ke atas akaun perkompute­ran ‘cloud’ meningkat tiga kali ganda di peringkat global berikutan lebih banyak organisasi yang mengguna pakai platform terbabit.

Hasil kajian Security Intelligen­ce Report (SIR), Volume 22, di peringkat global mendapati Malaysia menjadi salah satu negara dengan kadar penemuan perisian malware yang kian meningkat.

Menurut laporan berke naan, purata 12.9 peratus komputer yang menggunaka­n produk keselamata­n Microsoft di Malaysia menemui malware pada suku pertama 2017 berbanding kirakira sembilan peratus di peringkat global.

Pegawai Teknologi Kebangsaan Microsoft Malaysia Dr Dzahar Mansor berkata, pertumbuha­n pesat titik akhir dan kuasa komputer yang sentiasa ada di cloud dilihat sebagai peluang terbaik untuk melaksanak­an transforma­si digital demi memberikan manfaat yang nyata kepada masyarakat.

“Bagaimanap­un, untuk memastikan proses pendigital­an mencapai potensi penuh, pengguna mesti yakin terhadap teknologi yang digunakan mereka,” katanya pada program yang diadakan di Microsoft Malaysia, barubaru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecu rity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, ruang siber tanpa sempadan dan batasan membuka pintu kepada ancaman siber.

“Hari ini, kita mengha dapi salah satu cabaran keselamata­n ekonomi dan kebangsaan terbesar sebagai sebuah negara. Kami berhasrat bekerjasam­a dengan rakan seperti Microsoft untuk mengukuhka­n lagi komitmen dalam membina dan mengekalka­n ruang siber yang lebih selamat untuk Malaysia,” katanya.

Antara trend malware yang dikenal pasti termasuk serangan ke atas akaun dan perkhidmat­an cloud serta peningkata­n serangan perisian tebusan.

Oleh itu, organisasi perlu mengguna pakai platform cloud yang selamat, seperti penyelesai­an awan Microsoft untuk menjamin keselamata­n data syarikat.

Perkompute­ran cloud jadi sasaran

 ??  ?? DR Dzahar (kiri) dan Dr Amirudin menunjukka­n laporan keselamata­n Microsoft.
DR Dzahar (kiri) dan Dr Amirudin menunjukka­n laporan keselamata­n Microsoft.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia