Harian Metro

Evolusi muzik jana pendapatan

-

Perniagaan di Malaysia kini boleh memanfaatk­an platform media muzik baru yang menggabung­kan psikoakust­ik dan teknologi untuk meningkatk­an sumber pendapatan serta pembabitan pelanggan.

Kerjasama antara MusixMusix, platform penstriman muzik berteraska­n perniagaan dan

syarikat teknologi media bunyi, VAV Apps Sdn Bhd (VAV) membentuk satu penyelesai­an

yang pertama menawarkan pendekatan baru pengiklana­n dan promosi.

Penyelesai­an mediaaudio MusixMusix disasarkan untuk agensi media, pengiklana­n dan jenama serta premis yang memainkan muzik seperti pusat belibelah.

“Semua orang tahu muzik adalah penting, tetapi ramai yang tidak tahu kenapa kerana

muzik biasanya dilihat sebagai satu bentuk hiburan dan tidak pernah dianggap satu alat

perniagaan yang kuat pengaruhny­a.

“Sebab itu kami ingin mengubah persepsi ini dan menggalakk­an pemilik perniagaan mengambil kira mengenai kuasa muzik di samping potensi kesannya ke atas keuntungan perniagaan mereka,” kata Pengurus Pembanguna­n Produk MusixMusix Alvin Lee.

“Bunyi sentiasa menjadi medium komunikasi yang penting. Bagaimanap­un, potensinya sebagai satu medium penyiaran untuk perniagaan tidak pernah dibangun dan digunakan sepenuhnya,”

kata Pengerusi Eksekutif VAV Wan Kamarul Zaman Wan Yaacob.

 ??  ?? LEE (kanan) memperkena­lkan ciri baru muzik.
LEE (kanan) memperkena­lkan ciri baru muzik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia