Harian Metro

Best Gila!

-

Selain hero percuma, AOV turut memahami keperluan pemain baru yang ingin menyesuaik­an diri dengan permainan berpaksika­n genre sebegini. Terdapat lebih 30 hero yang terdiri daripada tahap kemahiran berbeza.

Veera, Valhein dan Taara antara hero mudah dimainkan kerana tahap kuasa mereka yang mudah difahami dan tidak terlalu sukar untuk pelajari. Jika anda pemain baru, pastikan mencuba hero yang mempunyai tahap kemahiran paling rendah.

2. GRAFIK CANTIK, RUNUT BUNYI LUAR BIASA

Selain memaparkan barisan karakter yang antaranya mempunyai set kuasa asli, AOV turut dikenali dengan grafiknya yang sangat mencuri perhatian. Setiap objek dan kosmetik karakter wajar diberi pujian kerana hasil kerjanya sangat teliti.

AOV juga mempesona jika dinilai daripada hasil kerja

Hanz Zimmer yang merangkul pelbagai anugerah gemilang bagi penghasila­n runut bunyi bagi filem epik sebelum ini. Penulis kagum dengan sentuhanny­a dalam permainan mudah alih ini.

3. MOD YANG PELBAGAI

AOV menawarkan 6 mod berbeza kepada pemain. Ia kelihatan seperti permainan yang sudah siap kerana tidak perlu menunggu beberapa lama untuk menambah mod baru.

Mod biasa seperti Grand Battle sesuai untuk semua manakala Abyssal Clash untuk mereka yang dahagakan konsep perlawanan ‘mid wars’. Bagi yang ingin cuba kemahiran bermain hero dengan baik, Solo Battle sesuai untuk kamu. Hook Wars pula sangat seronok dimainkan untuk mengisi masa lapang tanpa perlu menjadi terlalu serius ketika perlawanan.

Mod Ranked pula sangat sesuai dimainkan bagi yang dahagakan cabaran. Dari aras bawah, kamu bermula di tahap gangsa dan kemudian mendaki tangga kompetitif sehingga tahap Master. Mod ini lebih mencabar kerana ia dinilai mengikut jumlah bintang dan kekalahan menyebabka­n kehilangan bintang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia