Harian Metro

Pamer projek inovatif

-

Program Blast: FITM Diploma Showcase suntik

keyakinan untuk hadapi dunia pekerjaan

K -Inkubator dan Amtis Solution bagi menilai serta memberi cadangan penambahba­ikan kepada hasil kerja peserta.

Peserta program terdiri daripada lima jurusan berbeza iaitu Diploma in Graphic Design, Game Design, Interactiv­e Media, Digital Animation dan Open Source Computing.

Pengarah program Mohammad Amziry berkata pihaknya memilih konsep berasaskan industri dan akademik demi memberi keseimbang­an kreativiti kepada peserta.

“Memasuki tahun kedua, peserta semakin kreatif dan inovatif dengan menghasilk­an projek atau produk seperti pembanguna­n permainan berunsurka­n pendidikan, penjenamaa­n semula syarikat, pembanguna­n aplikasi telefon pintar, pembanguna­n sistem syarikat, pembanguna­n iklan menggunaka­n model 3 dimensi (3D) dan banyak lagi.

“Peserta menggunaka­n beberapa platform dalam penghasila­n produk ini iaitu laman sesawang, sistem, telefon pintar, permainan video berasaskan komputer dan joystick serta menggunaka­n bajet sendiri.

“Masa kini, elemen komunikasi, kerjasama kumpulan, idea kreatif serta sahsiah diri adalah komponen yang penting dan perlu ada dalam diri setiap penuntut bagi memastikan mereka mampu bersaing dengan ribuan graduan.

“Oleh itu, kami berharap penuntut lebih berkeyakin­an tinggi untuk menjejakka­n kaki di alam pekerjaan sebenar menerusi pengalaman pameran yangdianju­rkan ini.

“Ini kerana majikan tidak hanya melihat kelulusan akademik sematamata tetapi turut menitikber­atkan kemahiran calon.

“Oleh itu, MiCoST mengambil inisiatif ini dengan menyenarai pendek beberapa projek dan produk yang berpotensi untuk kegunaan MiCoST pada masa akan datang.

“Produk yangterpil­ih akan dikaji semula dengan lebih mendalam bagi memastikan keberkesan­annya secara positif.

“K ami berharap pada masa akan datang bakat dan kemahiran peserta bukan saja dinilai dari segi akademik malah produk yang dihasilkan mereka boleh dikomersia­lkan untuk membuktika­n mereka sudah bersedia memasuki alam pekerjaan sebenar,” katanya.

Selain pameran produk, beberapa aktiviti menarik seperti Snake Ladder dan Aeroplane turut dijalankan antara peserta dan pelajar Sekolah Menengah K ebangsaan Tinggi Perempuan Melaka bagi mewujudkan hubungan komunikasi serta mengeratka­n silaturahi­m antara satu sama lain.

Sementara itu, peserta, Muhamad Safwan Azmi, 21, berkongsi pengalaman­nya menghasilk­an projek Seoul Garden Table Reservatio­n dengan menggunaka­n platform aplikasi telefon pintar.

“Bagi projek ini, saya menggunaka­n Adobe Flash CS6 dan Adobe Illustrato­r CS6.

“Adobe Illustrato­r CS6 digunakan bagi reka bentuk interface yang kemudian dipindahka­n ke dalam Adobe Flash CS6 untuk memasukkan coding supaya aplikasi telefon pintar itu berfungsi.

“Hanya menggunaka­n aplikasi ini, orang ramai lebih mudah membuat tempahan meja bukan saja di restoran Seoul Garden malahan di restoran bufet barbeku yang lain.

“Oleh itu, harapan saya amat besar untuk melihat sendiri aplikasi ciptaan saya ini digunakan orang ramai dalam usaha menuju ke arah yang lebih moden dan berteknolo­gi canggih,” katanya.

Turut hadir K etua Pegawai Eksekutif MiCoST Mejar (K ) Datuk Dr Ir Ahmad Zaini Mohamad Amin bagi merasmikan acara Blast: FITM Diploma Showcase 2017 itu.

 ??  ?? PESERTA pameran projek tahun akhir bergambar kenangan selepas majlis berakhir.
PESERTA pameran projek tahun akhir bergambar kenangan selepas majlis berakhir.
 ??  ?? PENUNTUT menerangka­n produk projek tahun akhirnya kepada juri.
PENUNTUT menerangka­n produk projek tahun akhirnya kepada juri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia