Harian Metro

Makin meningkat dalam tempoh 10 tahun

-

Wanita lebih berisiko kerana sensitif pada asap rokok

Pakar Runding Klinikal dan Onkologi Radiasi Hospital Pakar KPJ Damansara Dr Aminudin Rahman Mohd Mydin berkata, menghisap rokok sama ada aktif atau pasif adalah penyumbang utama kepada kanser paru-paru. Ini kerana asap rokok mengandung­i lebih 4,000 bahan kimia yang dikenal pasti sebagai penyebab kanser paru-paru.

“Berdasarka­n kajian, antara 90 hingga 95 peratus kanser ini disebabkan tabiat merokok. Karsinogen, tar dan nikotin yang terkandung dalam asap rokok bukan saja membawa risiko kepada perokok aktif, malah memberi ancaman lebih besar kepada perokok pasif, khususnya wanita,” katanya.

Mengambil kira situasi di negara ini, Dr Aminudin berkata, peratusan orang merokok semakin bertambah tidak kira lelaki, wanita mahupun remaja. Hal itu sekali gus memberi gambaran cukup jelas tahap risiko kanser paru-paru terus meningkat dari semasa ke semasa.

Walaupun rokok boleh menyebabka­n penyakit lain seperti kanser mulut dan perut, perkara paling menarik perhatian kini adalah peningkata­n risiko kanser paru-paru terhadap perokok pasif disebabkan asap rokok.

“Berdasarka­n trend sepanjang lima hingga 10 tahun ini, kanser paruparu dalam kalangan perokok pasif khususnya wanita dan orang muda semakin meningkat. Ini bermakna, ada dalam keluarga tidak kira suami atau bapa yang merokok di rumah.

“Malah mereka ini juga kelompok yang sering terdedah kepada bahaya asap rokok ketika berada di restoran, pejabat, bahkan tempat awam. Tidak dapat tidak, perokok pasif ini akan menyedut lebih banyak bahan kimia dalam asap yang dihembus perokok aktif.

“Inilah punca kanser. Ramai yang tidak sedar asap rokok yang dihembus itu lebih berbahaya daripada yang disedut perokok. Tambah mengecewak­an apabila isu kesihatan awam ini dipandang enteng majoriti rakyat negara ini.

“Walaupun kita sudah mempunyai undang-undang dan peraturan yang tidak membenarka­n orang merokok di tempat awam, namun penguatkua­saan masih lemah. Ramai masih merokok di tempat awam termasuk restoran, kedai makan, pejabat dan sebagainya. Situasi sebegini pastinya akan terus membahayak­an kesihatan perokok pasif,” katanya.

Memetik kajian dari luar negara, Dr Aminudin berkata, golongan perokok pasif wanita adalah kelompok paling berisiko mendapat adenokarsi­noma paru iaitu sejenis kanser yang terbentuk daripada sel paru-paru yang tidak normal, membiak dan membentuk tumor.

“Menurut teori, wanita dikatakan lebih berisiko kerana sensitif terhadap asap rokok. Mereka ini kerap terdedah kepada tabiat pasangan yang merokok, rakan perokok aktif dan tempat awam yang dicemari asap rokok.

“Perlu diketahui ciri kanser paru-paru dalam kalangan perokok dan bukan perokok mempunyai banyak perbezaan. Biasanya, orang yang merokok tidak menyedut asap yang ‘dalam’.

“Mereka hanya sedut sedikit dan hembus. Jadi, asap rokok itu tidak masuk ke bahagian dalam paruparu dan lebih kepada bahagian luaran saja. Jika kanser berlaku sekalipun, simptom itu akan datang awal. Cuma, kanser akan lebih agresif.

“Berbanding perokok pasif, mereka yang terdedah kepada asap rokok ini akan menyedut hingga ke bahagian dalam paru-paru. Kanser yang berlaku sukar menonjolka­n sebarang simptom. Ia bagaimanap­un berlaku di pinggir

(periferi) paru-paru, bukan di tengah seperti dialami pesakit kanser yang merokok,” katanya.

Kata beliau, perokok yang menghidap kanser paru-paru biasanya akan menunjukka­n simptom jelas seperti batuk, batuk berdarah, penat dan susah bernafas. Namun bagi perokok pasif, sel kanser yang tumbuh di pinggir paru-paru menyukarka­n pesakit mengesan masalah dihidapi dari awal.

“Dalam kebanyakan situasi, perokok pasif yang menghidap kanser tidak akan menghadapi sebarang masalah di peringkat awal. Jadi, kecenderun­gan untuk mereka mendapatka­n pemeriksaa­n lanjut adalah rendah.

“Apabila simptom jelas mula kelihatan, biasanya sel kanser sudah pun merebak ke tahap tiga, empat dan mungkin sudah terlalu lewat untuk diubati. Sebab itu, dalam kebanyakan kes membabitka­n bukan perokok wanita, mereka hanya sedar di peringkat lewat. Tidak ada simptom awal. Tetapi, dalam tempoh antara sebulan hingga setahun, ia sudah mula merebak ke tulang dan organ lain. Ketika inilah baru mereka sedar menghidap kanser,” katanya.

Dalam pada orang sibuk memperkata­kan mengenai risiko kanser paru-paru, masih ramai yang bersikap ‘masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri’. Kata Dr Aminudin, masyarakat bagaikan tidak mahu sedar mengenai hakikat bahaya rokok dan kanser paruparu.

“Kita mahu masyarakat sedar. Wanita khususnya perlu sedar risiko untuk mereka menghidap kanser ini lebih tinggi sekalipun tidak merokok. Penguatkua­saan perlu lebih menyeluruh. Kalau di barat, golongan perokok

 ??  ?? WANITA jadi mangsa perokok aktif.
WANITA jadi mangsa perokok aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia