Harian Metro

Doktor badut bawa perubahan positif

-

Pengalaman berdepan pelbagai situasi di hospital bina keyakinan dalam diri Dr Sujatha

Situasi beginilah sebenarnya yang menjadi antara pencetus semangat Dr Sujatha Doraimanic­kam untuk menuntut ilmu sehingga ke India dan menjadi doktor badut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tempatnya bekerja.

Sebenarnya, doktor badut bukan lagi asing dalam kalangan warga hospital dan pesakit. Selain merawat dan memberi khidmat nasihat, doktor badut juga berperanan menghiburk­an pesakit khususnya di wad kanakkanak.

Mereka bukan sekadar boleh memujuk anak kecil untuk makan dan mengambil ubat, tetapi turut memberikan keceriaan serta kegembiraa­n sepanjang berada bersama pesakit.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam ini, beliau bukanlah seorang yang kelakar, jauh sekali berani melakukan jenaka di depan pesakit. Namun pengalaman bekerja dan berdepan pelbagai situasi di hospital banyak membina keyakinan dalam dirinya.

“Saya mengenali doktor badut menerusi filem Patch Adam. Dalam filem itu, mereka dapati apabila seseorang doktor mendekati pesakit dengan cara yang menyeronok­kan, segalanya menjadi mudah.

“Kemudian saya dipertemuk­an dengan keluarga yang cukup menarik. Mereka mengusahak­an syarikat produksi A Little Theatre dan cukup terkenal dalam kalangan masyarakat di negara itu.

“Apabila saya tanya mengenai doktor badut, mereka mempelawa saya

 ??  ?? AHLI produksi A Little Theatre yang datang ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.
AHLI produksi A Little Theatre yang datang ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ?? LATIHAN pentas untuk persembaha­n amal pada waktu malam.
LATIHAN pentas untuk persembaha­n amal pada waktu malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia