Harian Metro

TINGKAT KESEDARAN KANSER PAYUDARA

-

acara 10 kilometer dan tiga kilometer.

Kelvin ketika ditemui berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha pelbagai pihak yang tampil untuk memberi kesedaran mengenai penyakit kanser payudara.

“Kanser payudara berkait rapat dengan wanita malah, setiap tahun banyak kematian direkodkan akibat penyakit ini dan kami juga berharap kadar peratusan kesedaran mengenai penyakit ini semakin meningkat.

“Oleh itu, penganjura­n program seperti ini bukan saja dapat mengumpul dana tetapi turut membantu orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kanser ini,” katanya.

Hadir sama Pengurus Besar Kawasan 1 Hospital Columbia Asia Engku Marina Engku Hatim dan Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) Ranjit Kaur.

Dalam pada itu, Engku Marina berkata, larian kali ketiga dianjurkan pihaknya itu adalah antara langkah untuk membantu BCWA memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kanser payudara.

“Ini adalah kali pertama kami melaksanak­an larian amal pada waktu malam untuk memberi sedikit kelainan kepada peserta dan penyertaan mereka juga meningkat berbanding sebelum ini.

“Kanser payudara sangat berkait rapat dengan wanita dan kami gembira apabila mengetahui rakyat Malaysia memberi sokongan penuh kepada kesedaran mengenai penyakit ini,” katanya.

Beliau berkata, melalui larian amal berkenaan, pihaknya menyumbang kira-kira RM20,000 kepada tabung BCWA untuk menjalanka­n pelbagai aktiviti kesedaran terutama dalam pendidikan dan program kemasyarak­atan.

Sementara itu, salah seorang peserta, Siti

Fadilah Wati Otoh, 29, berkata, penyertaan kali ketiga dalam larian amal kanser payudara bukan lagi sebagai peserta larian tetapi sukarelawa­n yang dapat membantu peserta lain.

“Sebelum ini saya sudah menyertai sebagai peserta larian dan kini saya lebih tertarik untuk menjadi sukarelawa­n kerana dapat membantu orang ramai dalam mengetahui dan memahami kanser payudara.

“Acara larian seperti ini mampu memberi kesedaran terutama wanita untuk memberi kesedaran awalmengen­aikanser payudara malah, peserta yang menyertai larian ini juga boleh menjalani pemeriksaa­n di klinik bergerak yang disediakan BCWA,” katanya.

“Menurutnya, walaupun kanser payudara sudah diketahui umum, namun masih ramai lagi wanita yang tidak menjalani pemeriksaa­n awal seperti disarankan.

Dalam pada itu,

Nur Aiza Mohamad, 32, ketika ditemui berkata, penyertaan kali pertama bersama keluarga memberikan pengalaman berbeza buat mereka terutama apabila ia diadakan pada waktu malam.

“Larian ini adalah sebagai tanda sokongan dan semangat terhadap pesakit kanser payudara dan keluarga mereka untuk terus tabah serta kuat dalam melawan penyakit berkenaan.

“Kanser payudara tidak hanya memberi kesan kepada pesakit, tetapi pasangan, anakanak dan ahli keluarga lain turut merasai tempias penderitaa­n mereka.

“Apabila si ibu menghidap kanser, paling tidak emosinya akan muram dan terganggu. Itu belum masuk kebimbanga­nnya memikirkan kos rawatan, urusan anak-anak dan sebagainya.

“Inilah sebabnya sokongan keluarga amat penting, terutama suami dan adik-beradik untuk menguatkan semangat pesakit dan mengurangk­an tekanan perasaan serta fikirannya.

“Selain itu, aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat membantu wanita untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kanser payudara selain mempelajar­i teknik pemeriksaa­n sendiri di rumah,” katanya.

 ??  ?? NUR AIZA dan suami gembira dapat sertai larian walaupun perlu membawa anak.
NUR AIZA dan suami gembira dapat sertai larian walaupun perlu membawa anak.
 ??  ?? SITI Fadilah
SITI Fadilah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia