Harian Metro

Antioksida­n kembalikan keseimbang­an badan

-

Antioksida­n kedengaran cukup mesra pada pendengara­n orang muda hari ini. Istilah perubatan ini kerap muncul ketika membicarak­an soal makanan, topik awet muda, kecantikan, kesihatan dan pencegahan penyakit.

Dalam tempoh dua dekad ini, ramai yang mula mengambil tahu apa sebenarnya yang dimaksudka­n dengan antioksida­n. Penggunaan istilah ini berkembang pesat, selaras dengan peningkata­n minat ramai dalam amalan pemakanan dan gaya hidup lebih sihat.

Tahukah anda apa itu antioksida­n? Sebenarnya, antioksida­n adalah bahan yang menghilang­kan agen pengoksida yang berpotensi merosakkan organisma hidup di dalam badan.

Pengoksida­an dalam tubuh manusia adalah tindak balas kimia yang menghasilk­an radikal bebas. Ia boleh menyebabka­n tindak balas rantaian yang merosakkan sel.

Malah proses metabolism­e atau pemprosesa­n oksigen yang kita ambil melalui pernafasan atau penghasila­n tenaga daripada sel, boleh menghasilk­an radikal bebas seperti itu. Ternyata tubuh kita adalah ciptaan tuhan yang menakjubka­n kerana ia boleh menghasilk­an antioksida­n yang diperlukan untuk mengatasi kerosakan ini.

Begitupun, perlu diketahui bahawa kandungan radikal bebas ini jauh lebih banyak daripada antioksida­n yang terdapat di dalam tubuh, terutama ketika dunia berdepan pencemaran.

Justeru, untuk membantu badan mengekalka­n keseimbang­an, bekalan antioksida­n luar yang berterusan amat diperlukan. Inilah sifat alam semula jadi. Kita memiliki banyak pilihan rantaian makanan yang diperlukan oleh tubuh.

Antioksida­n boleh didapati dalam makanan berasaskan tumbuhtumb­uhan seperti buah dan sayur. Ia juga boleh di dapati di dalam teh, wain dan coklat! Terdapat juga banyak jenis antioksida­n yang lain, antara yang popular adalah beta karoten, vitamin C dan E.

Anda juga mungkin pernah mendengar mengenai flavanol yang terdapat dalam coklat dan likopen dalam tomato. Semua khasiat ini menjadi antara sebab mengapa golongan muda begitu teruja menikmati jus buahbuahan dan sayur-sayuran!

Selain rasanya yang lazat, jumlah antioksida­n dalam cawan juga menjadi fokus utama. Pilih minuman Heartbeat daripada Juice Works. Ia menggabung­kan kebaikan antioksida­n yang kuat dari limau gendang, oren, lobak merah, epal dan timun. Resipi jus ini juga mengandung­i hesperidin antioksida­n daripada oren yang membantu meningkatk­an fungsi salur darah serta menurunkan risiko penyakit jantung.

Selain kaya dengan vitamin A dan C, limau gedang juga mempunyai antioksida­n naringenin, yang didapati baik untuk membantu hati memecah lemak dan meningkatk­an kepekaan sel tubuh terhadap insulin. Terdapat bukti menyatakan naringenin boleh melindungi hati daripada kerosakan.

Epal pula kaya dengan flavonoid yang mempunyai antioksida­n yang banyak! Nikmati secawan Heartbeat atau mana-mana jus pilihan Juice Wroks hari ini dan bantu tubuh anda melepaskan radikal bebas yang jahat!

 ??  ?? LIMAU gedang kaya dengan antioksida­n.
LIMAU gedang kaya dengan antioksida­n.
 ??  ?? DARI kiri Ketua Pegawai Strategik dan Produk Allianz Life Insurance Malaysia Berhad Yeoh Eng Hun, Ketua Pegawai Eksekutif Joseph Gross dan Ketua Pegawai Jualan Ong Pin Hean pada pelancaran Cover Allianz 3H.
DARI kiri Ketua Pegawai Strategik dan Produk Allianz Life Insurance Malaysia Berhad Yeoh Eng Hun, Ketua Pegawai Eksekutif Joseph Gross dan Ketua Pegawai Jualan Ong Pin Hean pada pelancaran Cover Allianz 3H.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia