Harian Metro

Bersenam ikut kreativiti sendiri

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Sibuk bekerja, banyak komitmen sampingan, tidak punya waktu terluang dan letih kerap menjadi alasan untuk tidak bersenam. Hakikatnya, kecergasan diri perlu dipertingk­atkan untuk gaya hidup lebih sihat dan positif.

Tidak cukup waktu bukanlah alasan kerana untuk kekal sihat dan cergas, kitalah yang perlu mengadakan masa sesuai bagi melakukan aktiviti riadah dan bersenam.

Ada juga yang menjadikan alasan malu untuk bermula. Golongan ini mungkin wajar menimbangk­an bagaimana perasaan jika diduga dengan masalah berat badan, penyakit kronik dan ancaman kesihatan lain. Pastinya ketika itu malu bertukar menjadi sesal.

Menurut jurulatih peribadi Al Azad Fitness Ahmad Al Azad Basril, setiap individu perlu mencabar kemampuan diri sekiranya mahu menjalani kehidupan sihat dan berkualiti untuk jangka panjang.

“Elakkan memberi alasan kepada diri sendiri, sebaliknya cuba untuk berubah ke arah positif. Disiplinka­n diri untuk bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

“Senaman bukanlah aktiviti yang memerlukan perbelanja­an yang besar, malah boleh jadi percuma. Pilih aktiviti menyeronok­kan, sesuai dengan keperluan dan kemampuan diri.

“Jika anda mempunyai kemampuan dari sudut kewangan, pilihlah untuk ke gimnasium atau upah jurulatih peribadi bagi memantau aktiviti kecergasan setiap minggu. Namun, jika anda lebih selesa melakukan senaman di rumah, pilih kaedah senaman mengikut keselesaan masing-masing,” katanya.

Jelas Azad, mereka yang tidak sempat ke gimnasium, mempunyai peralatan senaman tidak lengkap dan ruang yang terhad masih boleh melakukan aktiviti kecergasan mengikut kreativiti sendiri.

“Kita ada banyak gaya alternatif yang boleh ditemui melalui carian di Internet. Mulakan dengan objek asas seperti piring atau kain dan pastikan permukaan lantai anda cukup bersih dan tidak licin.

“Kaedah senaman kreatif ini sepatutnya boleh dilakukan sesiapa saja, tidak kira di mana dan pada bila-bila masa. Ia sesuai dijadikan rutin senaman harian untuk membantu memperbaik­i tahap kecergasan fizikal,” katanya.

Mulakan dengan objek asas seperti piring

atau kain dan pastikan

permukaan lantai bersih,

tidak licin

IKUTI LANGKAH BERIKUT:

1. Tekan tubi terbang (1a, 1b)

Dalam kedudukan tekan tubi, buka tangan dan tutup. Lakukan berselang-

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia