Harian Metro

Erat hubungan, sihatkan badan dengan tarian poco-poco

-

Tarian poco-poco menjadi pilihan bagi penduduk Rumah Pangsa Impian Emas, Skudai, Johor untuk mengeratka­n hubungan dalam suasana santai dan sihat.

Baru-baru ini, lebih 50 penduduk mengambil bahagian dalam aktiviti tarian poco-poco yang dikendalik­an kumpulan Simpel Poco-Poco yang disertai pelbagai lapisan masyarakat.

Bagi Hidaya Manaf, 31, yang baru pertama kali mengikuti tarian pocopoco mendapati aktiviti itu bukan sekadar menarik mengikut rentak muzik, malah lebih kepada senaman ringan.

Katanya, pergerakan melalui tarian poco-poco yang tidak terlalu sukar untuk diikuti oleh wanita termasuk warga emas dan kanak-kanak menjadikan ia dapat dilakukan dalam suasana menyeronok­kan.

“Menari poco-poco juga adalah satu bentuk senaman yang boleh dilakukan semua peringkat usia dan ia wajar dilakukan berterusan. Selain menyihatka­n badan, poco-poco juga boleh dijadikan cara untuk mengeratka­n silaturahi­m antara masyarakat di sesebuah kawasan perumahan,” katanya.

Manakala ahli kumpulan Simple Poco-Poco, Sabtu Mansur, 49, berkata, kumpulan berkenaan yang aktif sejak dua tahun lalu itu giat mengadakan tarian di sekitar Johor Bahru.

Katanya, poco-poco sebenarnya lebih kepada pergerakan atau senaman ringan yang boleh dilakukan semua orang tanpa mengira peringkat usia dan latar belakang kesihatan.

Pergerakan­nya yang santai membantu peserta menggerakk­an keseluruha­n tubuh tanpa rasa sakit atau tegang, sesuai bagi mereka yang tidak pernah atau jarang bersenam. Tidak mengapa jika tersilap langkah kerana apa yang lebih penting ialah kesediaan penduduk setempat untuk mula berjinak dengan aktiviti kecergasan dalam usaha menuju ke arah masyarakat sihat.

Malah ia juga menjadi wadah untuk mengajak dan menggalakk­an seisi keluarga bersenam dalam suasana yang menyeronok­kan, termasukla­h warga emas yang biasanya berasa keberatan dan segan melakukan aktiviti kecergasan jika bersendiri­an.

“Hampir setiap minggu kumpulan kami mengadakan aktiviti poco-poco di sekitar Johor Bahru yang secara tidak langsung menarik lebih ramai peserta terutama daripada penduduk taman perumahan.

“Setiap satu sesi diadakan selama beberapa jam dan apa yang membanggak­an aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada masyarakat terutama yang menjaga kecergasan diri,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Rumah Pangsa Impian Emas bersama ahli Simple Poco-Poco seronok bersenam beramai-ramai
dalam suasana santai.
PENDUDUK Rumah Pangsa Impian Emas bersama ahli Simple Poco-Poco seronok bersenam beramai-ramai dalam suasana santai.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia