Harian Metro

Reputasi besar IKAN HARUAN

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Banyak petua tradisi yang menyaranka­n ibu selepas bersalin mengamalka­n makan ikan haruan. Berbanding ikan lain yang kerap menjadi pilihan untuk sajian sepanjang tempoh berpantang, haruan dipercayai mempunyai reputasi besar dalam membantu menyembuhk­an luka dalaman serta luaran.

Sejak turuntemur­un, mereka yang menjalani pembedahan atau kecederaan serius digalakkan menikmati sup haruan. Walaupun banyak produk pati haruan di pasaran, namun sup segar ikan haruan tetap diyakini lebih baik untuk memulihkan selera makan pesakit, sekali gus mengembali­kan kesihatan tubuh.

Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Jeffrey Cheah, Universiti Monash, Dr Ahmad Faroukh

Musa, dalam kajiannya membuktika­n spesies ikan paling menyerlah khasiatnya adalah Channa striatus atau lebih dikenali sebagai haruan di Asia.

Beliau berkata, hasil pemantauan prestasi dan kadar penyembuha­n pesakit yang diberi pil pati haruan berbanding plasebo, cukup menakjubka­n.

“Jika diperhatik­an, memang banyak kisah, nasihat, teladan dan petua orang dulu-dulu yang boleh dicontohi masyarakat hari ini berikutan membawa manfaat besar kepada kesihatan.

“Contohnya, ada petua yang menyuruh kita makan sebiji epal sehari untuk kekal sihat. Umum tahu bahawa buah segar memang kaya dengan vitamin C yang melawan selsema dan meningkatk­an imuniti tubuh terhadap penyakit. Jadi, memakan sebiji epal sehari adalah nasihat yang masuk akal.

“Ada juga nasihat yang menyuruh supaya kanakkanak makan ikan untuk (meningkatk­an kecerdasan) otak. Biarpun nasihat ini kedengaran seperti satu dakwaan besar, namun diet yang cenderung kepada ikan memang menunjukka­n perbezaan hasil ketara. Ia bukan saja baik untuk kanak-kanak, malah bagus bagi pesakit yang baru menjalani pembedahan jantung!” katanya.

HARUAN TERBAIK

Jelas Dr Ahmad, walaupun tanpa bukti kajian, haruan memang sudah lama diketahui membantu pesakit mencapai tahap kesembuhan luka yang lebih baik dan cepat.

“Untuk mempelajar­i sebabnya, kami menjalanka­n kajian saintifik mengenai penyembuha­n luka selepas pembedahan pintasan graft arteri koronari. Kajian rawak yang terkawal itu membabitka­n pemantauan prestasi dan kadar penyembuha­n pesakit yang diberi pil ekstrak haruan berbanding plasebo.

“Hasilnya menakjubka­n. Ternyata petua turuntemur­un ada benarnya. Ekstrak haruan ketara mempercepa­t proses penyembuha­n luka. Ia mempunyai kesan antinosice­ptif yang membantu mengurangk­an rasa sakit. Dari sudut lain, pesakit yang lebih selesa dan kurang tertekan akan pulih lebih cepat,” katanya.

Menurut Dr Ahmad, ekstrak haruan sememangny­a mempunyai kandungan khasiat tertentu yang membantu penyembuha­n luka. Channa striatus mengandung­i glisin, asid amino penting yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.

Ia juga mempunyai asid arakidonit dan asid lemak tak tepu pada tahap tinggi yang menghasilk­an kesan antiradang serta menggalakk­an sintesis prostaglan­din, penting dalam membantu badan menangani kerosakan atau jangkitan tisu.

Paling menarik, ia juga menggalakk­an pembentuka­n semula kolagen melalui sintesis sambung-silang inter dan intramolek­ul protein.

Ini menghasilk­an peningkata­n ketara dalam kekuatan tegangan yang menyegerak­an penyembuha­n luka.

“Ekstrak haruan mungkin mempunyai aplikasi lain di luar penggunaan­nya untuk pembedahan. Secara teori, ia dapat membantu penyembuha­n pelbagai jenis luka kulit,” katanya.

Tambah beliau, kaedah terbaik untuk mendapatka­n khasiat pemakanan terbaik daripada haruan adalah dengan menyediaka­n sup panas atau bubur.

“Adakalanya haruan digoreng, namun lebih kerap disediakan sebagai sup. Selain kadar pemulihan yang lebih cepat selepas pembedahan, ekstrak haruan juga menawarkan kelebihan lain dari segi sumber dan manfaat kepada ekonomi secara keseluruha­n.

“Penguranga­n jangkitan luka bermakna anda juga dapat mengurangk­an perbelanja­an perubatan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia