Harian Metro

Asap tebal dari rumah jiran

-

Tuaran: Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah dua tingkat yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Jalan Tinambak, Kampung Bantayan, Tamparuli, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kirakira jam 12.40 tengah hari itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni tiada di rumah.

Seorang penduduk, Mariam Abdullah, 49, berkata, ketika kejadian, dia dan ahli keluargany­a sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum menyedari asap tebal dan melihat sebahagian rumah jirannya sedang terbakar.

“Kami keluar untuk melakukan pemeriksaa­n tetapi tiada apa yang dapat kami lakukan untuk membantu memadamkan kebakaran memandangk­an gangguan bekalan air di kampung sejak pagi tadi (semalam).

“Selepas mendapati tiada orang dalam rumah itu, kami menghubung­i pihak berkuasa meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mereka turut menjerit dan memberitah­u penghuni rumah berhampira­n supaya keluar dari kediaman masing-masing.

“Kami bimbang jika kebakaran merebak ke rumah penduduk lain,” katanya.

Sementara itu,

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Qawie Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumka­n kejadian itu jam 12.57 tengah hari.

Beliau berkata, susulan itu, dua jentera bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu,” katanya.

 ??  ?? DUA lelaki yang ditahan dipercayai terbabit dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam sebuah rumah di sebuah kampung berdekatan Batu 7, di Sandakan.
DUA lelaki yang ditahan dipercayai terbabit dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam sebuah rumah di sebuah kampung berdekatan Batu 7, di Sandakan.
 ?? FOTO ??
FOTO
 ?? FOTO ?? RUMAH didiami lapan sekeluarga yang musnah dalam kebakaran di Jalan Tinambak, Kampung Bantayan, Tamparuli, Tuaran.
FOTO RUMAH didiami lapan sekeluarga yang musnah dalam kebakaran di Jalan Tinambak, Kampung Bantayan, Tamparuli, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia